Kelebihan bersedekah ..

by - Khamis, Januari 30, 2014

 

Hurmm.. nak mengerjakan yang sunat , payah benar .. Amalan dah la sedikit.. Apa lagi yang ada untuk aku bawa ke akhirat ? Sementara aku di dalam kubur , apakah pelaburan yang telah aku buat di dunia yang bisa menyelamatkan aku ?

Perbanyakkan bersedekah ..

Photo

Aku bukan nak bangga atau nak riak dengan bercerita semua ni pada korang tetapi ajak korang turut sama berfikir .. Apa lagi yang mampu kita buat sementara kita bernafas atas dunia ni ?

Aku mengajar diri aku .. ringankan jari jemari aku tiap kali gi kedai runcit atau kedai makan .. Kalau ada tong tong derma , baki duit makan tu .. sedekah je dalam tu.. Tak kira la berapa banyak , itu biar Allah saja yang tahu . Yang penting , kita ringankan jari kita tu.. InshaAllah .

Janji Allah.. Orang yang menderma tu takkan miskin .. Percaya tak ? Aku percaya ..  Rezeki dari Allah ni , pelbagai bentuk . Kita je tak sedar dan tak yakin.. hurmm..

Nak dijadikan cerita .. Kelmarin ada la geng geng sekolah aku lancarkan tabung sumbangan untuk bekas guru sekolah aku yang sedang derita sakit .. Dah guna kerusi roda pon. Aku nak ikut mereka gi ziarah , tak boleh sbb aku ada urusan lain . Jadi apa yang boleh aku buat ialah memberi sedikit sumbangan. Itu je aku mampu buat selain berdoa agar cepat sembuh.

Aku minta wife tranfer je duit dari akaun aku. Yelah , hari ni hari dia.. Sapa tau esok esok hari kita kan ? Tak sampai sejam , aku terima satu sms .. Aku baca dan membalasnya. Balasannya membuatkan aku terbeliak biji mata jap. Aku tak sangka pulak. Rezeki berkali ganda dari Allah.. Terlalu banyak dari apa yang aku sedekah sebelum tu.. MasyaAllah ..

Dari blog RAHSIA SEDEKAH :

Fadhilat bagi orang yang bersedekah amat besar seperti mana terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita amat amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat mengira bahawa sekurang-kurangnya setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah akan dibalas dengan kiraan melebihi 700 kali ganda. Selain itu, mereka dijandikan dengan kehidupan yang mudah:

Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . (Al Baqarah (2) : 261)

Allah Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)

Rezeki dimurahkan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. (At-Talaq:2-3)

Di dunia, mereka yang bersedekah akan dimurahkan rezeki oleh Allah dalam kehidupannya. Faedah ini dijelaskan oleh Jabir Abdullah katanya: “Rasulullah berucap kepada kami, sabdanya: Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).

 

Hurm… Sementara kita bernafas , mari kita sama sama pelbanyakkan sedekah. Jangan tunggu kaya , baru nak bersedekah ..

You May Also Like

4 comments

  1. lagi banyak kita memberi, lagi banyak kita merasa...

    BalasPadam
  2. perkongsian yang bermanfaat.

    makin memberi makin berbaki..
    makin bersedekah makin bertambah..

    insyaAllah..rezeki melimpah ruah..

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. 1 kita bagi 10 Allah gandakan.. SubhanaAllah.. Alhamdulillah

    BalasPadam