Lepaskan saja kentut itu !

by - Sabtu, Januari 11, 2014

 

“ Proootttt .. “ .

Adoii.. bertempiaran lari abisss anak beranak !

Bapak aku kata ..

“ Nak buat camana.. Nak lari ke dapur pon tak sempat dah. Nanti masuk balik angin yang nak keluar ni , jadi kembung pulak perut bapak hang ni ..”.

Tu semua cerita dulu dulu laa.. Masa aku kecik kecik dulu .. Hehehhe .. Anak anak muda takkan paham semua ni termasuk aku ! Heheheh .. Perbuatan kentut dikhalayak ramai ini bisa mengundang malapetaka yang tak bisa diramalkan..

Tetapi .. sejak seminggu lalu , aku mula memahaminya. Aku yang suka tidur atau baring di atas toto atau carpet yang nipis , mula terasa bisa bila sakit pinggang menyerang .

Lama dah bapak aku nasihatkan agar jgn tidur atas toto yang nipis atau baring atas lantai besimen. Wap sejuk akan memudaratkan badan. Tapi aku tak nak dengar ! Hehehe..

Sekarang ni , perut aku mudah kembung kembung. Bila urut skit je , angin keluar laa kat mulut aku .. Haih . Dan buat kali pertama dalam hidup aku , aku muntah selepas makan sbb angin..

Hurmm.. Bayangkan kalau nak angin nak keluar bila tak diundang. Haaa.. Depan orang ramai. Memang la tahan tapi pastu tengok la camana dia punya kesan pada badan. Hehehe.. Kang kalau aku lepas jer .. haaa.. Sebab tu jangan hairan bila ada orang tua , main lepas je angin .. Heee.. Dari dia mudarat .. kan ?

Ubatnya ? Aku rasa sbb aku cuti bersenam ni. Kalau rajin bersenam , masalah angin ni kurang kot ..

Oh , aku bukan kaki kentut yer sekarang. Saja nak bagitau korang yg rasa diri tu muda forevahhhh .. maka jagalah kesihatan anda dan jangan makan bukan bukan ..

You May Also Like

5 comments

  1. Muntah lepas makan?..ishh, dah macam baby pulak, tu nak kena tepuk2 belakang sampai sendawa. Lepas ni elakkan tidur atas toto nipis, beli tilam...jangan degil sangat!...

    BalasPadam
  2. tajuk tu lain macam aje hehe..tp best baca ada isi2 tips n pengajaran :)

    BalasPadam
  3. Banyak pengajaran terutama adab ketika berkentut...

    BalasPadam
  4. Haaa gitu ke? Sy suka baring kat lantai, lagi2 bila panas. Huhu. Noted. Lps ni berpeluh je ats katil. Lols..

    BalasPadam