Manjakan anak ?

by - Selasa, Januari 07, 2014

 

Hurm… mungkin ada rakan terkejut tengok harga berus gigi dan ubat gigi yang aku belikan utk Qhaliff semalam. Tak kisah la apa orang nak fikir mengenai tindakan aku tu. Kalau mereka ikut blog aku dari dulu , mungkin apa yang mereka fikir tu , tak ada dalam kepala mereka .. Hehehe..

Manjakan Qhaliff ? Memang laaa .. sapa tak sayang anak kan ? Lagi pun dia bukan jenis budak buat hal .. Sangat penyabar woo.. Bila dia nakkan sesuatu , kalau aku tak bagi , dia tak meronta melalak kat situ . Dia menangis dalam 5 saat jer.. Pastu pujuk , terus ketawa.. Hurm..

Satu lagi .. Sejak dia hadir dalam hidup aku , rezeki aku sangatlah murah. Aku beranggapan rezeki ni utknya . Duit dari blog , aku simpan utk dia.. Masuk ke Tabung Haji , PTPTN .. segalanya utk masa depan dia .. Pasni utk adik dia lak ..

Kalau aku tak mampu , aku buat cara tak mampu. Kalau mampu , apa salahnya bagi sedikit dia rasa rezeki tu sekarang . Bukan mengajar kemewahan mana pun ..

Pakaian dia pon biasa je.. Beli borong gak. Cuma , bila melibatkan fizikal dan mental dia .. aku bagi yang terbaik dan semampu aku. Ditakirkan satu hari nanti aku dah tak mampu buat gitu , aku tak terkilan sangat.. Sebab dia dah merasa ..

Anak baru sorang.. Nanti dah banyak , kalau daddy masyuk gini gak.. Apa salahnya kongsi kongsi kan ? Takde la ibu risau daddy simpan duit utk nikah lain kannnn …

You May Also Like

11 comments

  1. pada saya, dalam hal melibatkan kesihatan..saya pilih pada kualiti.. ye lah.. ubat gigi tu kira untuk kesihatan lah kan.. kalau mampu beli yg baik.. beli yg terbaik.. apa salahnya..

    BalasPadam
  2. insyaAllah kalau kita tak berkira dengan anak..suatu masa kelak anak-anak pun tak berkira dengan kita..susah macam mana pun anak tu akan cuba bahagiakan mak ayah dia..dengan syarat mak ayah betul-betul ikhlas dengan anak..anak boleh rasa ibu ayah dia ikhlas atau sebaliknya..begitu juga ibu ayah boleh tau anaknya bagaimana..pengajaran melalui tauladan namanya..PC belum ada anak..tapi PC seorang anak..sebagai anak setiap tingkah ibu bapanya akan teakam dalam memori..dont worry..asalkan lillahitaala..you can make smile always..

    BalasPadam
  3. Very nice story! jom shopping handbag di Kedai indah plak.. thank you.

    Let's visit my link :
    http://kedai-indah.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. anak tu pembawa rezeki kan? so apa yang kita belanjakan untuk anak tu, pasti akan ada rezeki lain yang akan muncul..percaya pada rezeki yang Allah dah tentukan kepada kita... tak salah pun abang ben kita nak belikan anak2 kita semahal mana pun sesuatu barangan pun, lagipun kita kerja penat2 cari duit untuk anak2 juga...manusia yang mungkin berkata tu, mungkin dia jenis yang berkira dengan anak2 sendiri tu... hu hu hu... lagi kita tak berkira dengan anak, lagi murah rezeki kita... In Shaa Allah...

    BalasPadam
  5. anak tu pembawa rezeki kan? so apa yang kita belanjakan untuk anak tu, pasti akan ada rezeki lain yang akan muncul..percaya pada rezeki yang Allah dah tentukan kepada kita... tak salah pun abang ben kita nak belikan anak2 kita semahal mana pun sesuatu barangan pun, lagipun kita kerja penat2 cari duit untuk anak2 juga...manusia yang mungkin berkata tu, mungkin dia jenis yang berkira dengan anak2 sendiri tu... hu hu hu... lagi kita tak berkira dengan anak, lagi murah rezeki kita... In Shaa Allah...

    BalasPadam
  6. terasa sampai ke hati la...walaupon pendek entry ni...terasa nak mengalir air mata..kadang kala orang tak faham kan...

    BalasPadam
  7. Saya beranggapan kalau kita mampu tak salah beli demi anak sendiri kan...Lagipun demi kesihatan dia jugak. No worries ben, insya allah sebagai parents kita tau mana yang baik, patut atau tak untuk anak kita sendiri...

    BalasPadam
  8. eh eh ayat last tu hahahah.
    betul, apa salahnya hihihi
    bila qhaliff ank yg menyenangkan, kena lah bagi treats!
    <3 huhu

    BalasPadam
  9. Pengorbanan seorang bapa untuk anak-anak..

    BalasPadam
  10. Ayat last tu mmg tak sangka keluar. antiklimaks yg best

    BalasPadam
  11. Tu dia...ayat penutup...x tahan...makan dalam tuhhh...hahahahhaa

    setuju ngn abg ben..mmg sbgai ibubapa, ank2 la keutamaan kite..saham dunia, saham akhirat..klu boleh semua yg terbaik utk ank2, kt nk sediakan..kann..

    BalasPadam