Menariknya Jalan Pantai ( Pantai Timur )

by - Khamis, Januari 16, 2014

 

Alhamdulillh .. landing dah di Cherating. Port kegemaran bercuti kitorang di sini .. Hehehe.. Kenapa ? Sebab esoknya leh naik ke Chukai untuk gi makan satar dan macam macam lagi .. hehehe ..

Ok.. Kenapa aku kata Jalan Pantai ni best ? Setiap kali aku nak balik ke Kuala Lumpur dari Kelantan  , aku gemar memilih Jalan Pantai ni. Jalan Pantai ni bermula dari Setiu,  Terengganu.Kalau tak silap aku laaa .. Hehehe ..

Apa yang menariknya ? Suasana yang pastinya membuatkan diri terasa nyaman .. Yelah , macam aku ni kan .. orang KL .. Bila dapat rasa kedamaian gini , segala stress ilang woo ..

Photo: Berhenti mkn kt Pantai Rhu Sepuloh .. Tganu..

Photo: Sukaaa diaaa..

Qhaliff pon dah berani main di pantai selepas membiasakan dia . Sebelum ni , mmg takut laa dia .. Hehehehe ..

Kalau nak bercuti . boleh je cari hotel sekitar Jalan Pantai yang mmg cantik pasirnya .. Tidak tercemar lagi , bagi aku laa ..

Ok ok .. ada yang nak tau camana nak lalu Jalan Pantai ni ? Kalau dari Kelantan tu , aku akan masuk dari Jerteh. Ikut ke arah Kuala Terengganu . Elakkan ikut Lebuhraya Pantai Timur. Kalau dah masuk lebuhraya , maka … tak jumpa dah laaaa ..

Laluan pantai ni akan sampai ke Cherating. Jalannya mmg di persisiran pantai jer .. Korang boleh jumpa macam macam jualan makanan di tepi jalan cam losong , etok dan macam macam lagi.. Aku terpaksa lajukan kereta utk elakkan kereta semakin berat .. hehehe ..

Hurmm.. Sayangnya , disebabkan dah terlalu lewat sangat kitorang di Kuala Terengganu , aku terpaksa masuk highway utk ke Cherating. Risau nanti hari terlalu gelap dan aku terlalu penat.

Di Kuala Terengganu , sempat singgah Taman Tamadun Islam untuk ke Masjid Kristal. Saja bawak famili bergambar kenangan kat sana selepas berkali kali lalu tapi tak singgah .. hehe ..

 

Photo

Keluar dari sini , dalam jam 6 lebih. Lewat dah .. Kalau nak diikutkan , nak je terus balik ke KL tapi aku pon dah penat.. Maka keputusan sebulat suara dibuat , tidur je di Cherating .. Hurmm.. Rugi tak ikut jalan pantai terus tadi. Hurmm..

Kalau guna GPS , confirm dia bagi jalan highway. Kalau boleh korang kena ikut betul betul jalan pantai ni .. Tak silap aku , dia akan lalu jalan lama , Dungun , Paka , Ajil , Kerteh … hingga ke Kemaman.. Haaaa …Sepanjang jalan tu , mmg best ! Masuk highway ? Confirm ngantuk !! Bosan siuttt… Jadi , set jalan tu betul betul …

Persoalan seterusnya.. hotel mana pulak nak nginap ni ?

You May Also Like

3 comments