Qhaliff balik kampung !!

by - Sabtu, Januari 11, 2014

 

Kali terakhir balik , raya Puasa lepas. Pastu tak berkesempatan nak balik. Ada je hal sana sini .. Keadaan tak mengizinkan.. Huhu.. Sian kat wife..

Ikutkan , hari ni pon tak leh balik lagi sbb aku ada misi khas utk majukan negara tapi aku terpaksa batalkan misi khas tu sbb negara tak perlukan aku untuk majukan negara.. Merajuk dah aku.. Huhu..

Maka , aku ajak wife balik awal. Dia seronok laa.. Suka gitu.. Aku , ok jer .. Wa talak kisah loo.. Leh makan nasi kerabu banyak banyak.. Pastu leh makan maggie ketam .. Haaa.. Macam macam leh makan .. Bertambah buncit perut aku .. heee..

Perjalanan hari ni , dilindungi Allah.. Cuaca sejuk je.. Hujan sepanjang jalan setelah menjejakkan tayar di Lebuhraya Karak. Hujaaannn sepanjang jalan tapi takde kesesakkan.

Tiba di Jalan Kuantan – Kemaman , keadaan berubah.. Aku dah nampak di Waze.. Jalan sesak hampir 10km rasanya.. Yeke ? Lebih kurang laaa ..

Punca ? Air naik dan ada kerja kerja pembaikan jalan dilakukan. Bukan sbb air naik atau banjir. Tapi dengarnya di Kuantan , air naik. Aku tak masuk Kuantan tadi.. hehehe.. Destinasi dari Kuala Lumpur adalah ke Gambang.. utk jemput adik ipar aku balik sama …

Hurmm.. Sepanjang perjalanan , aku tak menunjukkan tanda tanda letih dan mengantuk.Buat kali pertamanya dalam sejarah 5 tahun memandu pulang ke Kelantan , aku tak perlu minum air Red Bull atau 100 Plus utk menghilangkan ngantuk.. Pelik ? Aku lagi pelik.. Nak berenti tidur pun takde woooo .. Haaa..

Cuma aku memandu dengan agak berhati hati sbb jarak penglihatan adalah terhad kerana cuaca hujan..

Dan akhirnya , jam 12.50 tengah malam .. kami sekeluarga selamat tiba di Kok Lanas. Sebelum tu berenti makan di Kerteh. Saja nak tukar angin makan kat situ.. Heee.. Sedap ? Er, boleh laa…

Alhamdulillah.. segalanya selamat. Buat rakan rakan yang mendoakan keselamatan aku sekeluarga , jutaan terima kasih. Semoga Allah balas kebaikan pada korang semua ..

Ok.. tidur time.. Esok nak pekena nasi kerabu dengan ayam bakar .. Weee….

You May Also Like

3 comments