Suami atau isteri , akauntan keluarga ?

by - Rabu, Januari 15, 2014

 

Photo: Ginilahhhhh...

Hehehee .. Selepas berkawin.. Apakah benar hingga 0 ? Hurmm.. Sepatutnya gitu la , kan ? Pendapatan suami milik isterinya.. Manakala pendapatan isteri ? Haaa..

Hehehe.. tak yah la nak pening pening.. Kalau isteri kita tu , sanggup mengorbankan nyawanya utk memberikan waris pada kita , wahai suami.. takkan laaa kita nak berkira dengan mereka kan ?

Lagi pun , mmg itu tanggungjawab suami memberi nafkah pada mereka..

Aku bg contoh cam aku laa.. Setiap bulan , kalau rezeki aku lebih .. selepas bayar segala hutang , memang aku akan tranfer duit yang masuk ke akaun aku atas urusan blog kepada wife.. Dia akan simpan ke dalam akaun Qhaliff .. SSPN, Insuran dan Tabung Haji. Semua untuk masa depan mereka .. Nanti sorang lagi ? Haaa..

Untuk aku , ada gak .. Aku pastikan aku dah bagi kepada orang tua aku , bayar duit kereta , kutu dan sebagainya.. Baki tu , aku simpan skit untuk aku. Tu pun tak banyak mana pon. Tak lepas nak nikah lari kat Siam pun.. Hahaha..

Kalau ada yang kata , lelaki pada patut ada simpanan sendiri. Ye , patut ada.. Simpan aja dalam Tabung Haji. Tak perlu ada rasa was was pada isteri kita.

Serahkan saja selebihnya pada Allah..

You May Also Like

12 comments

  1. tak salah jika semua pendapatan diberikan kepada isteri, lagipun isteri yang menguruskan perbelanjaan rumahtangga kita, jika kita mahu guna pun apa salah minta kepada isteri wang yang kita mahu guna.. kepercayaan setiap pasangan penting dalam perhubungan.. :-)

    BalasPadam
  2. Jika isteri yg menguruskan perbelanjaan utk keluarga x salah tp harus amanah dan bijak berbelanja..bukan syok sendiri shopping hehe

    BalasPadam
  3. plan 4 the future. baru la harmoni rumah tangga. ;)

    BalasPadam
  4. saya tak mintak semua pendapatan suami..sbb saya pon bekerja..y penting die tahu peranan die sebagai suami..pnah die ckap "sy tgk lipstick awak nak habis dah..petang ni kite beli k"..ataupon "gaji saya bulan ni,ape hadiah y awak nak?"..nampak x?nampak x?sy tak perlu mintak..hehe..

    BalasPadam
  5. alhamdulillah..rumahtanggan itu perkongsian dan perjuangan..sama susah..sama senang..

    BalasPadam
  6. yeay i like!! betul tu abg ben, tak patut was-was pada isteri. lagipun bukan isteri sampai langsung takbagi duit kalau suami dah takde duit.

    BalasPadam
  7. a'ah.. memang patut kene bagi pada isteri.. tapi si suami kene tahu isteri belanjakan duit tu untuk ape.. kebanyakan perempuan suka belanja boros.. tapi ade je yang perihatin dalam berbelanja.. tapi tak ramai.. ade jugak perempuan berbelanja untuk keluarga, dan ketepikan kepentingan diri.. so, nak bagi tu kene perhatikan dulu samaada die boleh pegang duit banyak atau tidak..

    BalasPadam
  8. Memang wajar bekerjasama dalam bab kewangan keluarga. Bukan apa untuk masa depan...Dua-dua kena ambik berat..

    Suami pun jika serah duit kat isteri untuk diuruskan, kena tahu duit tu kemana...begitu juga sebaliknya

    ~ jemput semua rakan-rakan berkunjung ke blog saya untuk info sihat dan cantik, terima kasih :)~

    BalasPadam
  9. Diri sendiri kna simpan sikit gak. :) setidakbya ada dari tiada. :) cm sy duit asben kasi sy simpan sikit diam2. Sbb dia enggan menyimpan. Kalau dia tau, dia suruh guna duit tu je pulak t..

    BalasPadam