ABC dan CENDOL yang sedap !

 

Lamaaa dah aku dok perati gerai ni tiap kali aku lalu sini. Dah berkali dah cakap ngan wife ajak singgah sini. Tapi agak was was memandangkan sekarang ni kan faktor kebersihan kawasan jualan dan gerai makanan perlu diambil kira ..

Hari ni , nekad ajak wife pekena ABC setelah 6 gelas teh o ais yang aku minum di rumah adik ipar , tidak berjaya menghilangkan dahaga aku akibat cuaca yang panas terik ini..

Hurmm.. Takde pelanggan sewaktu aku sekeluarga singgah sini.  Pekerjanya yang ramah meminta aku masuk ke bahagian dalam memandang luar tu agak panas. Bagus caranya. Kita yang was was pon terus nekad je nak makan minum kat situ.

Tak lama kemudian kereta berenti. Hehehe.. Qhaliff ? Dah mula menjajah tempat tuu ..

Dia punya ABC , mmg original la.. Takde semak dengan bahan yang menghilangkan rasa ABC sebenar ! Cendol pulutnya , menepati selera aku. Tidak terlalu manis .. Hilang terus dahaga aku !

Ada yang tanya aku kat mana ni ? Dekat Bandar Baru Salak Tinggi.. Cari je Jabatan Pelajaran Sepang , nanti jumpa la gerai ni kat tepi jalan.. hehehe ..

4 ulasan:

  1. sedapppp nampak!

    esok nak cari cendol gak..dah berada di bwah pengaruh cendol ni. ekekekekek

    BalasPadam
  2. ya ALLAH . . . mngalir air mata mngs . . beginila nsb di perantauan . hnya mmpu meliht abc n cendol dlm gmbr

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.