Akhirnya aku jejakkan kaki jugak ke gym itu !

by - Isnin, Februari 17, 2014

 

Lama dah aku dengar cerita pasal gym ni. Murah dan lengkap untuk mereka yang nak bina badan .. Cam aku ni , lebih pada nak berpeluh je laa .. Nak bina badan tu , aku tak layak dah .. Hehehe.. Maklumlah , dah boleh masuk pertandingan Kilauan Emas tak lama lagi.. Hahaha ..

Photo

Gym yang terletak di atas restoran Kayu di Bandar Tasik Permaisuri ini , pada awalnya nampak cam sempit dan biasa jer .. Tapi hari ni, aku gagahkan diri masuk .. Dan terus terang , esok nak gi lagi .. Dan esok , esok esok lagi !!

Kenapa ? Yang pertama , aku gi sebelah awal pagi .. Orang tak ramai.. Kedua , bersih dan tersusun. Tak mahal pon .. RM5 sekali masuk dan barangannya pon mmg membantu menaikkan kembali otot otot aku .. hehehe ..

Rasanya , dah boleh dukung kiri kanan anak pasni .. Hahahha.. Giloss.. Mau buasir aku nanti !

You May Also Like

1 comments

  1. chaiyk ben. jaga kesihatan diri semtara muda lagi. muda lagi ke???
    hihih..

    BalasPadam