Anak kecil dah dibebani ‘home work’ ?

by - Isnin, Februari 17, 2014

 

Perghh.. teringat home work zaman sekolah dulu , aku stress ! Hahaha .. Sebab tu aku tak jadi angkasawan sekarang ni ! Hahahahha ..

Ok ok.. Setiap ibu bapa ada cara tersendiri membesarkan anak mereka. Tak perlu pertikaikan anak orang atau si penjaga mereka . Kita jaga anak kita sendiri dan didik sendiri ! Tak yah sibuk sibuk dengan anak orang .. kan ?

Kelmarin aku ada berborak dgn rakan rakan bekas sekolah sewaktu melepak selepas bermain futsal.Topik perbualan byk berkisarkan anak.. Kebanyakan mereka menghantar anak ke taska seusia 4 tahun dan kata mereka , anak mereka dilambakkan dgn kerja rumah.
Setiap hari pasti akan ada kerja rumah yg diberikan guru. Alasan yg diberikan guru Taska adalah utk membentuk disiplin dari usia muda.

Ok .. ini sekadar pendapat aku. Apa yang mereka rasa , andai itu sesuai untuk anak mereka .. aku tak pertikaikan .. Mereka lebih mengenali anak mereka dan aku pulak mengenali anak aku ni !

Qhaliff yang aku kenal sekarang ni , nampaknya lebih sukakan praktikal dari teori ! Kalau aku ajar dia melalui buku , dia kurang berminat ! Tapi dengan cara bermain , dia akan mudah hafal dan ingat.. Hurmm .. Ini perangai aku ! Bila nak belajar aku akan lebih berminat pada ‘ A tu apa ‘ ? dari ‘ A untuk AYAM’ !

Bila tiba masa dia belajar , dia akan belajar yakni di sekolah tapi aku tetap bekalkan dia pengetahuan sebelum ke sekolah agar mampu bersaing dengan pelajar yang lain. Zaman ni terlalu mencabar dan kesian mereka .. Hurm.. Terlalu banyak menghafal dari mengerti maksudnya ..

Beberapa orang rakan telah berkongsi pendapat menarik mereka .. Hurmm.. Antaranya ialah ..

  • pura x berkhwin lg..tp pndpt pura, klu ank pura ada menunjukkan minat pd buku seawal usia 4 tahun, mmg pura stuju hntar ank ke taska..sbb nk lentur minat dia ske mmbaca..kenal huruf, mudah bg dia nk proses pmbelajrn nnt.
  • takut terlalu terbeban kanak2 hilang minat utk belajar.. sebab budak2 dalam umur 4 tahun ni dorang bukan paham sgt kenapa dorang perlu belajar & utk apa dorang belajar.. so,boleh bg homework tapi jgn sampai membebankan
  • umur 4 taun dah dididik jadi robot..kesiann
  • Masa tahun lepas ank sy umur 4 tahun, n anak sy sndr nk ke tadika swata. Mula2 ok lama2 dia mcm bosan, kalau ada keja rumah tu kita kena pujuk dia buat kalau tak dia xnk buat. Masuk je tahun ni dia mcm brsemangat keja sek pn buat sndr, kalau blh hari2 nk ke sek..kesimpulannya 4 tahun adalah pengenalan 5 tahan dia dah kenal semua huruh,bentk warna dan dia dah pandai nk brkawan.
  • dunia semakin tough skang bro, sy tgk generasi sekarang semakin spoil, dlu sy sekolah, cikgu sebat pukul sbb nk didik, tp dah besar jd berguna.. sekarang?.. anak murid bwk mak ayah polis marah cikgu .. walhal cubit je.. alahai..
  • Pendapat sy sebagai guru la ey..Seawal umur 4 tahun sepatutnya x perlu ade lambakkan kerja sbb once nanti diorg enter sek ren diorg akan mula rasa bosan belajar sbb sume diorg dah tau..so nanti budak akan rasa malas nk dtg sek sbb dia kata sume dia dh tau. Dan sepatutnya umur 4 tahun lebih banyak kepada belajar dalam bermain..xperlu kerja2 sekolah ni. Kalau dh mula pra sekolah yes mmg akan ada keje sek sbb persediaan utk masuk ke darjah 1.
  • Berhentikan je dari taska tu. Konsep early education untuk anak2 sekecil tu sepatutnya fun learning...belajar sambil bermain. Let children be children and let them enjoy their childhood to the fullest.
  • Zaman lani bukan mcm zaman kita dlu.Sofar anak sy tadika swasta xda plak homework byk.Sofar sy berpuas hati dengan jadual anak.Ada time main,muzik,ngaji,membaca,menulis dll..zaman lani nk besaqkan anak lg memcabar.kena punya fizikal&minda yg kuat.
  • Im a kindy teacher and we have a center khas utk anak2 usia 4 tahun. At that age, our students mmg have fun saja. They learn through fun way - they learn colors, shapes, alphabets etc in a fun way, bukan mcm sekolah biasa. They dont have homework, cuma a lil ulangkaji with parents. Cuma bila masuk usia 5 tahun mereka ada perubahan utk masuk alam persekolahan.. Thats how it is. Kalau dilambakkan dgn kerja, itu hal tadika itu sahaja dan sejujurnya mmg tidak patut because they are obviously 4 YEARS old.. Gituu ~
  • Seusia 4thn, perlu diajar untuk berkawan, berkomunikasi y baik, ttg mase, kerjasama dan membentuk minda kreatif....ditadika pon dah cukup...sbb mase tu terlalu panjang, tak perlu ade homework kerana akan bebankan kanak2 y pada waktu itu lebih kepada bermain....masuk 6thn br lah boleh diberi homework....kene ikut peringkat....
  • Hidup bukan hanya pergi sekolah buat kerja...blk rumah buat kerja...nnt dah skolah..pun ada homework..bila kerja..pun bwk balik kerja.. br 4 tahun xpayahla sampai gitu. Xkn ngadap buku je...banyak lagi benda lain boleh explore.. sampai rumah biar lah mak bapak yg corakkan life. Xkan sampai rumah pun cikgu yg nak make sure budak2 tu disiplin atau x.
  • Taska ke tadika/taski... taska taman asuhan je... tapi klu tadika atau taski, anak akak pg p taska pastu p taski pula seawal 4 th... kerja rumah yg diberi sesuai dgn umurnya, setakat melukis dan mewarna malah yg lebih utama dapat mematangkan anak dr segi sosialnya... bukan mudah nak melatih anak memegang pensil dgn betul, itulah manfaat mereka ke tadika atau taski.. bukan utk jadikan mrk dapat a,,
  • HaHha taska ni taman asuhan je... basic basic je kena ajar. Sapa bg homework tu???? Mihahaha lawak la... tadika pun sy x bagi homework masa mengajar dulu. Semua sya pastikn mereka siap d sekolah. Inikan pula taska. Taska tu tempat nak main2. Have fun. Enjoy budak tu tp dengan cara 'sambil belajar' my suggestion... bg yg mampu cri kan taska montessori concept untuk awal2 ni. Biar they all have fun and explore alam sekitar. Homework tu mengarut bagi budak se usia 4 tahun.
  • Huhu kita hnta kat pasti tapi untuk 4 tahun lbih depa fun.learning aja.. Hafal2 doa.. Belajar 123.abc. tak penah bawa balik keje sekolah... So far ok sgt..skrg dh 5 tahun baru ada keje rumah sbb ada periksa heeee...
  • nabi umur 4 tahun pegi gembala kambing...belajar disiplin dgn cara gembala, belajar sabar sebab kambing binatang paling degil, belajar mengawal kumpulan kambing yg ramai, belajar bertenang dgn kerenah kambing.
  • Ben, ank sulung saya gi tadika umur 4. Kita ni teruja nk ank skolah awal. Nk tgk dia menulis bergaul itu ini. Cukup 6 tahun dia xnk gi dah. Bosan. Jd adik2 nya umur 5 tahun baru hntr. Xde masalah so far.
  • Anak aku yg kecil 4 thn... dia sendiri nak masuk tadika ... alhamdulilah...dia dh leh baca al fatihah... surah in syirah...kenal huruf..belajar bahasa arab. Dia juga belajar pasal aurat. Tapi.... dia tak ada kerja umah.... smua belajar kat sekolah.
  • Practice make perfect...tapi keje skolah tu klu xsiap xde la cikgu mrh...sebagai persediaan jugak utk masuk ke sekolah rendah...
  • Saya hantar anak saya ke tadika masa umur 5 tahun. Tak nak depe stress sgt dgn belajar ni. Umur2 mcm tu biar dia rasa belajar tu fun bukan beban. Tapi tadika sekarang susah nak cari yg fun dah. Bila masuk darjah 1 lg laa banyak bende dia kene buat. Kesian kat anak2 sekarang. Disiplin bukan melalui homework semata. Byk cara lain. Tak semua budak boleh terima apa yg cikgu2 ajar melalui satu method sahaja. Learning curve anak2 ni berbeza. Pendapat saya, too much umur 4 tahun homework mcm budak sekolah rendah.
  • sebab sistem kita fikir blaja utk dpt kerja yg bagus..terapkan persaingan..patut ajar erti kehidupan..mcm filem 3 idiot
  • Anak sy 4 thn sy dh anta ke PASTI..alhamdulillah bnyak doa2 dan surah2 pendek dia hafal..dan tak sangka dia jenis yg cepat tngkap...periksa pun dpt no1..bagi sy umur 4thn ni x salah kalau nk anta ke sekolah..tp x perlu la dibebankan dgn homework yg byk..cukup skdr menghafal, mengenal dan belajar smbil bermain..cuma ayh sy ckp...nk sekolah tadika pun mcm nk amik degree kena 3thn...ko dl tadika setahun je..4 thn masih bermain...huhuhu
  • Ben sekolah anak akak little caliph tak pernah ada kerja sekolalah, mereka akan habiskan di sekolah bahkan alat tulis tak perlu beli pun, cuma mahal sedikit dengan kelas renang RM385 dua tahun yang lalu. Tetapi 6 tahun dia dah pandai baca ayat kursi..
  • ajar anak biar ikut peredaran zaman....apa guna ada teknologi yg canggih kalo tak manfaat pada anak....mgkn ada parent yg anta anak ke tadika seawal umur 4thn gi sekolah sb taknak anak2 ketinggalan...niat parent tu bagus tp nak pastikan anak pandai tak hanya pada homework semata.....jgn jadikan anak2 belaja just for exam or us but make sure they learn for the rest of their life....itu pndpat sy la...for parent yg syg and pentg kan education anak bleh PM sy I'allah sy akan share kan dgn parent2 smua...alhamdulillah method yg dipraktikkan mmg
  • 4 years kalau cuti seminggu or dua minggu ada homework. tu pun parents request. 5 year every friday saya bagi homework. memadailah dengan sehelai kertas belajar utk menulis & sambil tu dpt pegang pensil. it`s a good practise. jadi rajin,bersemangat & pupuk rasa tanggungjawab.
    mua-mula budak rasa janggal lama-lama setiap hujung minggu buat homework then main. siap baru main. memang d`org suka... alhamdulillah, xsampai 10 minit siap. lpstu main la brp lama pun weekend tu. w/pun singkat ada lah "homework" & tanggungjwb kena selesaikan.. ia juga proses belajar. & bg kids, ada support from teacher & parents.. in shaa Allah they are more confident & discipline. kalo x asyik main je. it`s no good. even dlm class dah siap buat krj boleh main educational toys, ada sports time, pray time, seawal pagi boleh maimn, ptg boleh main & homework have to in line with their p&p in the class. kena selari. kalau tgh belajar a, homework a. kalau z, homework z. it`s up to their level & study sampai mana
  • Kesian anak2...zaman kanak2 mereka telah dirampas dengan diisikan kegiatan akademik...mereka tiada lagi masa bermain dengan 'baribie doll' atau 'kereta' dengan anak2 jiran.... *tapi sekarang mereka main online games je kan...
  • kalau saya kata bagus daripada mereka tgk tv atau main game, pembelajaran atau latihan diatas kertas menjadikan mereka lebih discipline & fokus, janji sesuai dgn masa & keupayaan anak, selesai latihan pula galakkan mereka bermain di taman pmainan atau lain2 selain tv & games.. lihatlah hasilnya pasti anak kita lebih kreatif dan fokus belajar
  • dkat smart reader ada budak 4 tahun balik ngadu kat mak ayah dia ckp dia x fasih english??smbil nangis2 n nmpk frust..pastu mak ayah dia pulak dtg ngadu kat cikgu nak sruh buat tuisyen khas utk anak dia??dunia apakah ini...heee
  • bukan nak kata ilmu tu x penting....tapi bayangkan jika seawal usia 4tahun mereka sudah memasuki alam pembelajaran...sedangkan mereka akan belajar dr usia 5-23tahun itu pon paling awal...malah ade y lebih...sedangkan mereka berpeluang menikmati alam kanak2 hingga 4thn shja...jadi agak tidak adil untuk kanak2 tersebut....mmg elok kita dekatkan mereka dengan pendidikan awal ..tapi bukan menekankan mereka ttg pelajaran...kita patut buat pelajaran itu sesuatu y menyeronokkan...di sekolah mereka sudah belajar, dirumah pula mase untuk ibu bapa memberi pelajaran dari sudut rohani...kerana kanak2 mempunyai 10hak y perlu ditunaikan oleh setiap ibu bapa...
  • Kdng2 kecian pada anak2 kecik yg terpaksa dibebankan oleh kerja sekolah.. Di tempat sy bekerja, ibubapa yg minx semua kerja sekolah.. Smpi mcm tu sekali pun ada.. Huhu.. Dn xkurang jgk ibu bapa yg menolak kerjasekolah.. Kdng2 kami cikgu2 ni berbelah bagi.. Kalai dh bg kerja sekolah pd seorng, msti la bg pada semua.. Jika tidak psti ada yg ketinggalan..

Perbahasan yang menarik ! Masing masing dengan pengalaman , info serta logik logik yg tersendiri .. Apa pun , kita tak perlu berbalah dalam menentukan hala tu anak masing masing .. Kita ikut je mana yang kita mampu ..

Yang penting , jangan abaikan masa depan anak anak kita yang semakin mencabar ini. Isi dunia dan akhirat. Biar seimbang. Biar mereka boleh memikirkan mana yang baik dan mana yang tak patut dibuat !

You May Also Like

1 comments

  1. Ben, akak hantar anak ke tadika swasta seawal umur 4 tahun..niat asal bukan lah nak suruh dia belajar dari awal tapi dari hantar nursery yg takde input better hantar taska. Bagusnya taska Loving Crystal ni..konsep dorang ikut age. Misalnya yg 4 tahun banyak didedahkan dgn learning with fun...anak balik pun seronok bercerita..dorang belajar sambil nyayi..dan alhamdulillah end of year dia dah boleh membaca BM n 5 tahun dah boleh baca english book walaupun tak brp faham maksudnya.Sebenarnya depend on pengurusan tadika kot. How they manage their lil 'student'.

    BalasPadam