Berdagang Dengan Allah

by - Rabu, Februari 26, 2014

 

Ternampak kak Norhayati Berahim shared di TimeLine dia.. Tergerak pulak hati aku nak kongsikan di blog aku ni .. Mana tau ada yang sudi nak ‘berdagan dengan Allah’ kan ? Dapat gak kebaikan dari aku dok update pasal artis bercerai .. heee ..

Sebenarnya aku tertarik dengan objektif mereka. Semoga Allah permudahkan urusan dan berkati usaha mereka ..

 

“ Jom buat kerja kebajikan kerana Allah berfirman, sesiapa yang berharap untuk bertemu Allah dalam keredhaanNYA, buatlah amal yang soleh dan tidak mensyirikkan Allah.

Terlalu luas skop kerja kebajikan itu, walaupun membuang kaca dijalanan. Sezarah kebaikkan yang kita lakukan, tetap dicatat dalam Kitab Amal dan akan dihisab diakhirat nanti.

Tidak yakin? Allah berfirman dalam Surah Al-Kahfi Ayat 110 yang bermaksud,

"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya."

Baitus Solehah adalah merupakan sebuah rumah kebajikan melindungi gadis-gadis terlanjur dan ibu-ibu tunggal yang masih memerlukan bimbingan. Walaupun mereka telah melahirkan bayi, bimbingan berterusan masih diperlukan untuk menjadikan mereka kuat, tabah dan sabar menghadapi ujian, membina iman dan belajar menguruskan masa dengan bijak apabila tiba masanya keluar menemui masyarakat suatu hari nanti bagi meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah yang bertakwa.

Perlindungan yang diberikan bukan sekadar menyediakan makan minum , tempat tinggal tetapi membimbing dan mentarbiyah mereka untuk taubat nasuha, menjalani kehidupan sebagai muslimah di landasan yang lurus dan benar dan mengutamakan pengukuhan iman dan beramal soleh.

Sesiapa yang ikhlas dan bertaqwa boleh saja untuk melabur saham dan menabung untuk akhirat. Di sini sesiapa boleh menternak pahala dengan menyumbang apa saja tidak kira dalam apa jua bentuk perkara. Saya hanya pengurus saham-saham yang anda laburkan. Moga dengan rahmat Allah, saya tidak terpesona dengan cinta dunia.
Seperti mana tidak ada paksaan dalam beragama, maka tidak ada paksaan juga di untuk anda semua menabung. Sesungguhnya berdagang dengan Allah tidak pernah rugi.

Sebarang sumbangan untuk Rumah Perlindungan Wanita, Baitus Solehah boleh dimasukkan ke dalam akaun

Maybank : 551306513550 atas nama Baitus Solehah.
Emailkan :baitus_solehah@yahoo.com, atau sms 0149253151

Semoga Allah mengurniakan rezeki yang halal dan tidak terhingga dan menjadi jutawan yang memiliki kekayaan iman, kekayaan jiwa dan kekayaan harta dalam rahmat Allah Ta'ala kepada semua yang menyumbang atas ikhlas dan taqwa.

Sumber sebenar : Baitus Solehah

You May Also Like

3 comments

  1. sy dh lama folow baitus solehah dan pemilik baitus solehah.. nama fb dia mak liza .. byk benda kita bleh pelajari dr mak liza.. abg ben ramai folower mungkn bleh tolong buat kutipan utk bantu mak liza dr segi kutipan derma.. tk ramai yg mampu buat mcm mak liza buat utk masyarakat kita.. anak2 melayu kita yg terlanjur makliza tolong jaga dn didik bg pendidikan agama sehingga bersalin.. hnya sekadar pandpt sy sahaja..

    BalasPadam
  2. Jom berdagang dengan Allah. Semoga mendapat keuntungan Dunia & akhirat. Aminn!!!

    BalasPadam