Bersedia untuk menyimpan air !

 

Ada banyak bekas untuk menyimpan air. Dan tolong waspada dengan jentik jentik yer. Risau takde air , terlupa pembunuh utama lak nanti ! Hurmm ..

Jadual catuan air , wife kirimkan seawal pagi . Dialah paling risau kalau takde air.. Aku ? Hurm.. hurmm…  Hahahah ..

image

Tak nampak ? Memang saja tak kasi nampak pon ..hehehe ..

Katanya esok  takde air.. Aku tak risau sangat hari biasa sebab hari biasa aku ke rumah orang tua aku. Jadi penggunaan air kat sini tak la banyak mana pon ..

Photo

Kalau jatuh Sabtu Ahad tu laaa pening skit .. Jawabnya kena gi kolam mandi Putrajaya la .. hehehe .. Mandi sana .. Lalalala …

Harapnya kat rumah orang tua aku tu tak la teruk mana pon catuannya dan bekalan mencukupi. Yelah , sapa nak tolong angkut air ! Dulu ada la anak anak.. Ni anak anak semua dah menikah … Hurmm.. Nasib baik masih ada adik perempuan aku dan keluarganya kat situ. Hurmm ..

 

Bacaan Doa Minta Hujan

“Ya Allah! Turunkan kami hujan kepada kami, yang menyegarkan dan menyuburkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda.” (HR. Abu Dawud, lihat Shahih Abu Dawud 1/216)

ا“Ya Allah, turunkan hujan kepada kami. Ya Allah, turunkan hujan kepada kami. Ya Allah, turunkan hujan kepada kami.” (Sepakat Riwayat)


“Ya Allah! Berilah hujan kepada hamba-hambaMu, binatang ternakanMu, sebarkanlah rahmatMu, dan suburkan tanahMu yang tandus.” (HR. Abu Dawud, lihat Shahih Abu Dawud 1/218)

3 ulasan:

  1. bertabahlah ben. smga hujan turun

    BalasPadam
  2. Berat dugaan tanpa air.. kami di Olak Lempit hampir 3 minggu tiada air dan Alhamdulillah hari ni ada air (sebab catuan)selama dua hari. Mudah-mudahan hujan rahmat akan turun membasahi bumi Semenanjung ini dlm masa terdekat.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.