Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 26 Februari 2014

Bila gas abis ..

 

Baru sampai rumah. Hari ni punya aktiviti mmg sangat memenatkan. Aku tak tau la penat sbb aktiviti banyak atau kekurangan oksigen. Asal duduk , sandar kepala .. terus terlelap.. Hurmm.. Kekurangan oksigen kerana udara kita semakin tercemar ! Tadi masa dalam perjalanan balik pun ternampak ada hutan belukar terbakar di area Sepang ni .. Hurmm ..

Tapau makanan skit utk makan malam. Aku tak kasi wife masak sbb kaki dia dah mula membengkak. Sian pulak aku tengok. Aku masak ? Aku lagi kesian kat dia sebab terpaksa makan makanan aku masak tuu ! Haaaa…

Sampai je rumah , si kecik ni tak nak masuk rumah. Nak main kat luar lagi ! Aku bukan tak nak kasi tapi memandangkan udara tidak begitu bersih utk beriadah di luar maka adalah lebih baik masuk ke dalam rumah..

Dan dia menjerit tidak puashati !

Photo

Kasi dia keluar main jap .. Dalam 10 minit gitu .. Pastu masuk dalam .. Aku solat Asar .. Pastu baru plan nak baring jap sebelah Qhaliff yang dok asyik layan tv..

“ Bang , gas abis .. “

Hurmm.. Aku dah terdetik semalam lagi dah .. Dok pikir bila laaa gas rumah ni nak abis. Lama la pulak jangka hayatnya kali ni.. Dah dengar gitu , takkan nak duk diam lagi kan ? Kang dok ulang suara , cair taik telinga ! Hahahaha ..

Naik atas .. tukar seluar dan pakai baju. Kat area rumah aku , tong gas tak dihantar. Sila gi beli sendiri ! Letih nak keluar balik sebenarnya.. Tapi memikirkan nak masak air , baik aku gi beli sebelum wife suruh aku cari kayu api ! Haaa..

Aku siap. Qhaliff usha semacam aku .. Dia bangun dan standby depan pintu .. cuma berpampers je ! Sebab nak mandi dah dia  tuuu .. Ada hati nak ikut gak tuuu..

Aku suruh wife amik dia  dan masuk ke dalam bilik. Aku nak menyelinap keluar ! Tapi sayangnya operasi gagal ! Dia lagi bijak .. Meraung depan tu gak .. Berguling guling..

Mengalah. Suruh wife pakaikan baju. Aku nak keluarkan tong gas. Hurmm..

Sampai kedai.. Aku turun.. Tingkap aku bukak.. Kereta dimatikan enjinya. Qhaliff tengok je aku ..

“ Hah ?? “.

Tu ayat feveret dia ! Seolah olah macam tak percaya apa yang berlaku yakni aku tak bawak dia masuk dalam kedai ! Meraung lagiiiii laa diaaa.. Aku biar jer dia ..

Takde la jauh mana pon.. Selangkah dua je pon.. Tong gas dah ditukar. Aku masuk beli aiskrim. Sorang satu termasuk wife. Dan untuk dia , aku belikan jenis batang punya.. Perisa coklat vanila.

Best part ni !! Dia tamo kooooo.. Dia nak yang Cornetto tu haaa .. Tamo yang dia punya. Mak aiiiii .. Aku bagi ,terus dia koyak dalam tu gak nak makan ! Mana boleh woooo …

Balik rumah baru makan ..

Dia makan sambil baring ke ? Takde maknanya aihhh .. Tu dia sedang mempertahankan ais krim dia dari diambil aku .. Aku nak bukak baju dan seluar dia untuk mandi .. Lewat sangat .. Tu berpusing pusing la tuuu.. Hala kamera , tau pulak nak posing ! Huh … Dasar blogger !

2 komen :

Fizalinolie berkata... [Reply to comment]

Haha... Kan. Alia pun sekarang lagi bijak dari fiza. Main tektik kotor. Nak tak nak mengalah jugak dibuatnya. Hehe... Pembuli lah si qhaliff ni. Nantikan... Bila qhaliff dah besar. Baca balik entri lama... Gelak, rindu... Nangis semua akan lahir masa tu.

tifa anvar berkata... [Reply to comment]

dasar blogger?? hahahaha....

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI