Bila Nokia Lumia 1520 ku masuk air !

 

Photo

Walaupun Nokia Lumia 1520 ni dah diberikan pada wife , tapi dlm ‘kontrak perjanjian’ masih tertera nama aku .. Bermakna aku kena guna KU juga pada tajuk entri ni ..

Apa citer ??? Gini .. Pagi tadi.. selepas subuh .. Wife bagitau aku dengan lembut jer ..

“Bang , hp masuk air .. “.

Aku angguk dan sambung tidur… Bangun dari tidur , wife bagitau sekali lagi dan kali ni aku tergamam dan nak tukar jadi hulk .. Tapi selepas dia terangkan apa yang berlaku , aku akur dan maafkan dia ..

Katanya kejadian berlaku ketika dia nak check suhu badan Qhaliff awal pagi tadi .. Yelah , dia pegang badan Qhaliff panas jer.. Selepas check tu , dia letak hp tu sebelah dia .. Tak dia perasan hp tu terjatuh setengah badannya ke dalam bekas berisi air yang digunakan untuk lap badan Qhaliff .. Sehingga pagi tadi dia perasan ..

Nak marah ? Dia dah tolong tengokkan Qhaliff pon dah cukup bagus memandangkan aku dah tak sedar apa sbb terlalu penat dan tidur lewat sbb nak siapkan advertorial.

Bila dah jadi gitu , malas dah nak marah marah.. Cari alternatif.. Antaranya beli baru , antar repair atau guna cara tradisional… Beli baru ? Dia tak nak .. Antar repair ? Ok je.. tapi guna cara tradisional dulu yakni letak dalam beras … Kasi kering .. Bukan sejam dua tapi berhari hari gak laa..

Berjayakah ? Entah laa.. Esok gi antar repair.. Senang citer.. Malas nak tunggu.. Nanti nak call pun susah .. huhu ..

11 ulasan:

  1. Moga hp tu masih boleh diselamatkan... Insha Allah

    BalasPadam
  2. kalau saya disituasi ni pengsan lapanpuluhlapankali le jawabnya

    BalasPadam
  3. Tak tahu pulak ada cara tradisional... ini tips ni...

    BalasPadam
  4. Ooo... Letak dlm beras ye... Br tau...

    BalasPadam
  5. dh dpt 1 ilmu baru...letak hp basah dlm beras...

    BalasPadam
  6. Kalau NOKIA yg versi legend masuk air taruk kat dlm bekas beras semalamam sesetengahnyerr OK balik..tp yg versi canggih ceghini tak tau lerrr huhuhu..Moga dapat diselamatkan ..

    BalasPadam
  7. Nasib baik wife tak kena marah....tak sengaja, apa nak dibuat kan :D

    Harap2 hp dapat diselamatkan

    BalasPadam
  8. smga hp tu masih mampu berjasa pada tuannya kan

    BalasPadam
  9. kalau jam masuk air pun,boleh guna cara ni gak :)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.