Bila rakan blogger kemalangan ..

Photo Bukan aku laa.. Aku yang gi lawat .. Gambar bawah ni !

http://amrafahan.blogspot.com/Photo

Haaa.. Kenal blogger ni ? Geng blogger kembar mesti kenal punya laahhh .. heehehe .. Bro Huszaini Haron dari group whatsapp KBBA Putrajaya yang mana semalam wifenya telah antar mesej kepada group memberitahu yang suaminya telah mengalami kemalangan ..

Hari ni , selepas aku bawak Qhaliff dan ibunya ke klinik .. terus ke Hospital Putrajaya untuk melawatnya .. Alhamdulillah , kecederaan walaupun agak serius tetapi yang penting dia selamat..

Sedikit terkilan kerana tidak ada insuran. Sebelum ni ada amik tapi dah ditamatkan .. aku pun gitu gak.. Huhuh.. Terpaksa untuk jimatkan kos sana sini ..

InshaAllah jika takda apa apa , mungkin dia akan keluar esok. Aku tgk dia pon makin sihat dengan kehadiran nurse nurse yang comel blaka kat situ.. Segar dia .. Hahaha.. Aku yang kunjung pon segar je mata .. hahaha .. Gurau jer..

Petang tu , rakan rakan yang lain datang melawat seperti Najeeb , Sue Izza dan Mieza .. Cerah lagi la mata dia .. Hehehe.. Terharu kawan tu bila rakan blogger datang melawat ..

Buat rakan rakan , hati hati di jalan raya yer ..

3 ulasan:

  1. syafakallah.
    semoga cepat sembuh abah amrafahan.

    BalasPadam
  2. Terima kasih sahabat datang melawat saya!

    BalasPadam
  3. td search google jumpa entry ni... baru tau yg Huzaini ni kembar...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.