Bukan denggi !

by - Sabtu, Februari 22, 2014

 

Suhu mencecah 40.5 darjah celcius rupanya ! Semasa di rumah , check cuma 36.5 jer.. Hurmm… Ikut kata hati… Gi je hospital ! Tunggu pon tunggu laa.. Janji dapatkan rawatan yang betul secepat mungkin.

 

Photo: Gi spital ..

Kelihatan lesu

Sampai hospital dalam ku 12 lebih tengahari. Nasib baik orang tak ramai dan paling menakjubkan rawatan diberikan sangatlah pantas ! Yelah , suhu melebihi 40 darjah. Risau boleh kena sawan.. Nasib baik aku dan wife rajin mandikan dia .. hurmm ..

Wife masuk dengan Qhaliff ke kaunter pendaftaran. Aku gi parking kereta. Wife dah masuk utk pemeriksaan. Tak lama kemudian wife call bagitau yang Qhaliff dijangkitan virus. Terkedu jap aku..

Dia sambung cakap.. Tonsel. Hurmm.. Patut dia tak nak makan. Asyik nak minum jer .. Hurmm.. Tu la.. Suka mengutip masuk mulut. Berkali dah larang .. Nak wat camana kan .. budak !

Tak lama kemudian dia keluar bersama Qhaliff.. Muka penuh dengan air mata sebab kena cucuk .. Hahaha.. Sian.. Bila nampak ada budak dok minum air kotak Milo , dia pon nak. Aku pun gi la beli.. Pastu bagi kat dia .. Lepas minum , diorang masuk balik ke dalam bilik rawatan.

Duduk menanti Qhaliff dan ibunya yang masuk kembali berjumpa doktor.Aku duduk di kerusi di depan kaunter sambil layan handphone. Kena jaga tas tangan wife .. beg Qhaliff lagi.. Sambil berdoa agar tak kena tahan si Qhaliff tu. Sian kat dia nanti..

Tiba-tiba datang sorang budak kecik , cuit tangan aku.. Aku pandang sekilas jer kat dia sambil lemparkan senyuman.

" Alahai.. comelnya. Anak sapa ni ? " . Aku usap kepala dia dan sambung layan handphone.

Aku kerutkan dahi. Memikirkan sesuatu.. Hurmmm.. Aku pandang budak tu semula yang dah gi bermain dengan beberapa orang budak.
Laaaa ... anak aku rupanya ! Hahahaha ... Sememangnya handphone melalaikan kita ! Handphone jugak dipersalahkan .. siann.. hahaha...

Photo: Alhamdulillah..dah ok dah dia.. kembali berlari sana sini mcm takde apa apa berlaku..

Bukan denggi ..

Tanya wife .. Dia kata settle dah .. huhuh.. Nasib baik bukan denggi.. Kalau tak ? Tidur spitalllll !

Photo

Kembali terhibur hati bila tengok anak ceria.. Alhamdulillah ..

Balik rumah , baru laa dia nak lena tidur ..

Photo: Baru nak lena tdo dia ..

Barulah daddy leh join sama tidur… heee ..

You May Also Like

2 comments