Coconut shake punya pasal !

by - Jumaat, Februari 21, 2014

 

Photo: Coconut shake

Nurse suruh wife bersiap sedia je dah skang ni.. Mana tau tetiba nak beranak .. barang baby dalam kereta tak sedia lagi ni .. heee.. Dalam dok borak  tu , dia kata nak minum air kelapa .. Hee.. bersih skit baby masa lahir nanti..

Aku ok kan aja.. Maka pergi la ke satu tempat yang senantiasa meriah ni kat Putrajaya. Nak sebut tempat , sian pulak .. Kenapa ? Air coconut shake dia , sedap ! Tapi servis tuuu .. Haihhh ..

Bayangkan aku dah masuk kedai , pelayan dia yang dok layan tv tu .. cuma duduk tunggu aku gi kat dia untuk amik order ! Perghhhh.. boleh gitu ?

Best part ? Orang tak ramai .. Apa yang aku order , semua sampai kecuali nasi goreng ayam jer ! Kenapa ?? Sebab pesanan tak sampai ke dalam dapur !

Haihhh.. Bila aku fikir fikir balik , patutlah pesaing dia kat belah sana tu ramai pelanggan berbanding restoran dia .. Hurmm.. Sedap saja tak guna kalau servis lembab !

Nasib baik la ada jual coconut shake ! Kalu takkkk.. insaf aku nak gi situ ..

You May Also Like

3 comments