Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 26 Februari 2014

Gambar aku yang semakin top !

 

Photo: [BUKAN KERANA TAKUT KEPADA ISTERI DAN BUKAN KERANA MENGHINA SUAMI ☺]

::: bangga lah jika suami anda boleh drive anda ke mana saja anda nak pegi, banggalah kalau suami anda boleh menyapu sampah, tolong anda masak, tolong anda jaga anak, basuh berak anak, tukarkan pampers anak. RAMAI WANITA YG CEMBURU DAN INGIN MEMILIKI SUAMI SEPERTI SUAMI ANDA. 

Suami anda buat semua tu bukan kerana dia takut, bukan kerana dia hina atau kerana kita menghina dia, tapi dia buat semua tu KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA. 
(sama ada suami kita sedar atau tak yg dia mencontohi Rasulullah SAW atau memang dah di didik oleh ibu-ibu mereka mengenai akhlak terpuji Rasulullah saw ini)

HARGAI LAH SEADA-ADANYA SUAMI ANDA, PUJILAH SEIKHLAS HATI, nak puji dalam Facebook ker, dalam surat khabar ker, dalam tv ker, pujilah. itu cara masing-masing. BIARLAH ORANG NAK KATA "MACAM DIA SORANG ADA SUAMI" DAN BIAR LAH ORANG NAK KATA APA SAJA. SUAMI ANDA, BUKAN SUAMI ORANG LAIN. Asalkan anda tidak memuji suami orang lain, kang jadi kes plak ☺ betul? betul?

tahukah anda::

(1) Suami yang mencuci baju sendiri bukan kerana ingin menyenangkan isterinya, bukan kerana takut tangan isteri menjadi kasar, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(2) Suami tidak bersuara keras pada isteri bukan kerana takut dengan isterinya akan marah dan pergi dari rumah, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(3) Suami sabar dan diam ketika isteri menuntut hal-hal di luar batas kemampuannya bukan kerana takut ditinggalkan sang isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(4) Suami tersenyum melihat isterinya cemburu kepada perempuan lain bukan kerana takut kepada isterinya, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(5) Suami memakan makanan isterinya yang masin atau pun yang keras bukan kerana mencuba romantis di depan isteri, tapi KERANA Rasulullah SAW MENGHARGAI MASAKAN ISTERINYA.

(6) Suami mengumpulkan sejumlah dana untuk disimpan isteri bukan kerana bodoh dalam mengatur kewangan, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

(7) Suami merawat anak-anak kecil ketika mereka sakit bukan kerana mereka sesuai jadi perawat peribadi, tapi KERANA Rasulullah SAW MELAKUKANNYA.

Jom tag pasangan anda.. ^__^
:: JANGAN AMBIK KESEMPATAN PLAK BILA SUAMI DAH RAJIN TOLONG KITA DALAM HAL RUMAH TANGGA. BERSYUKUR LAH SUAMI NAK TOLONG YEA ☺

::: mana yg tak faham bahasa melayu ni boleh cari translator untuk translatekan. boleh kita didik suami kita perlahan-lahan, contoh macam saya kahwin dengan foreigner, jadi saya selalu terangkan setiap perkara supaya lebih persefahaman dalam rumah tangga. Selamat beramal ☺

Back to sunnah, JOM SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW ☺

Haaa.. Gambar ni laa .. Apa ingat gambar Qhaliff je leh top keeee ??? Huh !!  Gambar ni dah beribu orang share di Facebook diorang tauuuuu .. Haa.. Jangan tak tauuuu ..

Ada sekeping lagi tapi gambar tu dah disalah gunakan .. Ada ke buat akaun palsu FB , WeChat , FriendSter , Tagged dan macam macam lagi ! Aparaaa.. Saja saja nak sedekah aku pahala .. Jangannn , nanti tak cukup pahala , amik dosa aku lak.. haaa ..

Gambar kat atas tu , gambar masa dalam akhbar Kosmo . Tak sangka lak dah viral bersama artikal berkisarkan kekeluargaan .. Bagus la.. Aku tak kisah pon .. Dapat gak kebaikan dari situ. Bukan nampak aurat pon kan ? Heee ..

15 komen :

Jueliza Jamani berkata... [Reply to comment]

wah wah abg ben.. bukan main siap gaya sidai baju.. heheheh

tifa anvar berkata... [Reply to comment]

daddy dngn ank mmng hebat meletop

Muhammad Khairuddin Lim berkata... [Reply to comment]

Bagus le...hidup biar berbakti bro.

Shark Kay berkata... [Reply to comment]

terbaek bro..
ini kalau dpt komisen 10sen 1 share mmg tiptop.
haha.

Riana berkata... [Reply to comment]

haah..nampak gambar ni semalam..eh eh..ni abg ben ni..hehe

hajar berkata... [Reply to comment]

wah rajinnyeeee... abg ben..

ArELeEz berkata... [Reply to comment]

sumber inspirasi utk kaum adam..

Che Akak berkata... [Reply to comment]

wow..body katang-katang sambil sidai baju..mmg kira pemes ah foto ni..terbaik

aQu Mad berkata... [Reply to comment]

Qhaliff ke ni? hehe,, rajin nya qhaliff.. hehe

DIARI FARISHA berkata... [Reply to comment]

ramai yg update gmbr ni dalam FB! haha! agak dah abg ben!

niq lyana berkata... [Reply to comment]

intro nk jeles ngn qhaliff je ahahahah

Cikgu Norazimah berkata... [Reply to comment]

glamernyer abg ben ! suami mithali ni..sebab tu ramai orang share ;)

YaNg AyEsHa berkata... [Reply to comment]

haha..tagged oh tagged..macam2 manusia ada dalam tu..smpai terpaksa decide untuk delete akaun

ساريده سنين berkata... [Reply to comment]

steady la...papa mithali...

Hasan Amran berkata... [Reply to comment]

respek abang Ben... banyak bagi info yang bagus.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI