“ Hello.Mother misses you. “

by - Khamis, Februari 06, 2014

 

Dalam perjalanan ke Damansara tengahari tadi , ada satu billboard menarik perhatian aku .. Besar wooo ! Tapi bukan sebab besar aku tertarik pon ! Korang leh nampak kat tepi lebuhraya Persekutuan yang berdekatan Angkasapuri tu haaa ..

Aku tertarik sebab tak tau sapa yang punya iklan ni dan kata-katanya cukup mendalam..

“ Hello. Mother misses you. “

Hurmm.. Ibu. Besar sungguh makna ibu pada setiap insan. Itu pun masih ada yang tak reti nak hargai mereka . Hurmmm ..

Berbalik pada billboard ni .. Ada tak nampak sebarang maklumat kat situ ? Tak ke pelik ? Sapa yang bersungguh letak billboard yang cukup besar dan pastinya … mahal ? Heee..

Berdasarkan gambar tu , budak perempuan tu sedang buat apa sebenarnya ? Sedang amik gambar langit ? Atau sedang melihat gambar ibunya di dalam tab tu ? Atau pun .. hurmm.. dok amik gambar sendiri ?

Aku rasa .. dia sedang rindukan mak dia .. Kebetulan pulak Tahun Baru Cina baru saja lepas .. Pastinya ada anak anak yang tak reti nak pulang ke rumah orang tua sbb sibuk sangat dengan kerjanya atau lebih rela abiskan masa dengan kawan kawan ! Huh ! Jangan begini ..

Billboard ni bagi aku adalah satu pesanan mudah untuk kita .. Jangan sampai kita kehilangan baru nak merindui ! Sementara masih ada di depan mata , hargai dan luangkan masa selagi terdaya ..

Apa pendapat korang lak ?

You May Also Like

2 comments

  1. tinggi mana pun kite berada, jgn lupa pd bonda y melahirkan kite..

    BalasPadam
  2. En.Ben, ini iklan Tm kan .. he he .. mesti tak perasan tulisan kecik TM tu ..

    BalasPadam