Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 12 Februari 2014

Lelaki gelikan lipas ?

 

Auww.. kalau geli , maka layak dipanggil pondan ? Iskhhh…

Kenapa ada lelaki boleh geli dengan lipas ni ??? Huh !

“Ko lak camana , Ben ? Geli tak ?? “

Hurmm… aku mmg geli dengan lipas ! Bukan sebab dia kaki banyak ke.. Tapi sbb kotor ! Dia merayap sana sini pastu mai nak panjat badan orang ! Pergh.. Tak leh tengok aku aih.. Mau aja aku pijak pijakkan dia !

Tapi orang kata jangan pijak sbb nanti telur telur dia anak berada di situ . Lagi banyak laaa dia punya waris dalam rumah kita tu nanti ! Haaa.. Dan ada yang kata badan dia penuh dengan cacing cacing yg tak nampak dek mata kasar kita ni .. Huhuh..

Ramai lelaki luar sana tu , tak gemarkan lipas ni ! Rela kena kejar harimau lagi dari kena kejar lipas ! Hahahaha ..

Apa kata perempuan terhadap lelaki yg ‘segan’ dengan lipas ni ":

  • Lelaki tu bkn lelaki yg sbnr.
  • Nampak comel kot.. hehe
  • xde y pelik pon....perasaan tu bukan dibuat2...tetapi semulajadi....itu kekurangan y Allah berikan pada dia...mgkin ade kelebihan lain y kita xnampak....kita kan manusia biasa...
  • Nampak comel bila lelaki takot ngan lipas ..hihihi
  • hah....tak gentleman lansung
  • lelaki tak suke benda terbang. mostly lipas rasa terancam kot.hahah
  • Kalau yg acah2 macho tu, hilang macho...tapi terus cam Comel jer~ Haha
  • Apa salahnya?Lelaki pun ada fobia pada lipas juga
  • Hehe xmacho la tkut..klo bini pon takut..sape nk jd hero..
  • fobia ni ada mcm2 jenis..sy yg pompuan ni setakat cicak,lipas,tikus,ulat ngan semua serangga saya tak geli tp kalau ular mmg xleh
  • wujud...abg ipar sy sgt geli dgn lipas...smpaikan dia boleh detect sm ada satu2 tmpt tu ada lipas or x...dia ckp dia boleh bau kehadiran lipas dekat situ hehe
  • asben sy pn geli dgn lipas tp sy tak.so klau pasal lipas sy selalu jd penyelamat.hidup ni kn saling lengkap melengkapi

 

Apakah jawapan lelaki pulak ?

  • Pada saya, normal. Kerana ketakutan/fobia manusia ni, berbeza-beza.
  • Setiap orang ada ketakutan yang berbeza. Pada saya biasa dan terpulang pada individu itu sendiri.
  • Geli sbb lipas bau busuk...
  • cicak x per, jangan lipas
  • Sy geli tgk serangga byk kaki.. especially spider.. normal sbb perasaan takut tu natural.. lipas sy ok cuma kdg2 tu tanjat gak boboi bila lipas buat serangan gerilla naik kat kaki.. hahaha
  • seblom nie xtakot sgt lipas klu jumpak kasi pijak ja walau x berkasut, tp setelah tau fakta bahawa dlm perut dia beratus cacing kecil2 terus jd takot fobia takot mudarat pada diri..
  • Geli, sbb tu asal ada je lipas dpn mata akan dibunuh.
  • Itu hak kami sebagai kaum lelaki hahha..dan hak lipas itu untuk digeli!

Macam macam pendapat ada .. Geli bukannya takut ! Dan tak semestinya geli pada lipas tu , tak jantan !

8 komen :

nabila biela berkata... [Reply to comment]

cicak...lipas...semua sy geli..hehe

Kuronofu91 berkata... [Reply to comment]

Geli gak..tp xla smpai tahap nak menjerit klau nmpk...binatang yg mmg sy geli sgt2 katak...kembung mcm nak meletup, berkilat, bau dia...eeuuuwww ....hahaha

Zara Nurhaidah berkata... [Reply to comment]

suami zara mcm ni.. ada satu masa tu.. dia nmpk lipas, fuuuhh.. mlompat nek katil ! hahaha.. rasa jadik heroin jap selamatkn suami dr pcik lipas ni.. ^^

Ujang9897 berkata... [Reply to comment]

sah ben tak jantan

Norma NML berkata... [Reply to comment]

Eh Ben...lebih kurang mcm 2 org hero kat rumah akak je...2 2 pun tak suka lipas...rupanya ramai lelaki yg geli dgn lipas...hehe..

BUNDA a.k.a KN berkata... [Reply to comment]

lelaki pun ada berbagai perasaan..

krole berkata... [Reply to comment]

baik mengaku geli dr buat2 tak geli kan bro ben... sekali lg... kita serupaaaa ahahaha

Cikgu Norazimah berkata... [Reply to comment]

CN ada sorang kawan laki, badan tegap&macho, tapi bila nampak lipas terus menjerit2 macam pompuan, guling2 gelak depan dia ! ehhehe

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI