Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 9 Februari 2014

Pentingkah didikan awal anak-anak ??

 

“Alaaa.. baru setahun lebih.. Apa laa diorang tahu sangat ! Biar la diorang puas main dulu.. Nanti dah sampai masa , kasi masuk je sekolah ! “.

Atau …

“ Anak aku , dua tahun dah kenal huruf.. Nanti nak kasi antar kelas berkuda , main bola dan apa je la kelas kelas yang ada . Tak kasi dia buang masa .. “.

Atau ..

“ Anak aku tu dok abiskan masa layan game kat hp aku tuu jer.. Atau paling tidak pon , dok tengok Upin Ipin … Biar je la dia gitu. Asalkan dia ada depan mata aku dah ! “.

 

Hurmmm ..

Banyak kali gak aku terfikir .. Apa aku nak buat dengan Qhaliff di usia awal gini. Belajar di rumah .. Sedikit sebanyak perlukan ilmu di dada.. Bukan takat nak suruh dia kenal ABC atau Alif Ba Ta mahupun  123 tetapi perlu ada disiplin gak .. Tapi tamo la disiplin tahap komando SEAL tu haaa… kesian dia .. huhu ..

Ada yang cadangkan pembelajaran di rumah seperti di beberapa laman web percuma.. Ok jugak gitu tapi aku nak jugak dia berkawan .. Tak nak dia dengan dunia dia sendiri .. Aku nak layan 24 jam dia pon sebenarnya agak susah sebab aku perlu juga ‘bekerja’. Aku nak kena cari idea dan update blog. Takkan nak biarkan bersawang je kan ? Kalau aku tak kerja , orang tuduh aku makan gaji bini lak ! Haaa ..

Petang tadi , aku dapat satu lagi ilmu berkenaan dunia keibubapaan.. Syukurlah aku bergelar blogger .. Hehehe .. Satu layanan VVIP yang tidak disangka .. Huhuh..

Photo

Penerangan dan penjelasan serta perkongsian pengalaman tenaga pengajar di Genius Baby On Board amatlah bermakna sekali buat aku. Aku lihat sendiri bagaimana anak anak kecil yang berada di sini , amat selesa bermain ..

Qhaliff ? Wife aku kata tak larat nak kejar dia .. Seronok dia kat sini ! InshaAllah .. teringin aku nak lihat perkembangan sihat dia .. Sejam seminggu , apa salahnya biarkan anak kecil kita mendapatkan didikan awal dan paling penting , ibu bapa turut sama berada di situ untuk melihat dan terlibat sama ! Haaa .. Ilmu yang aku lama dah nanti nantikan .. Boleh guna untuk anak kedua nanti dan Qhaliff pon dah bersedia untuk jadi abang long ..

“ Qhaliff.. tolong ambilkan daddy pampers adik.. “.

Wow.. Hahahaha …

14 komen :

Zamani Abe berkata... [Reply to comment]

intervensi awal tu penting :)

Cikgu Norazimah berkata... [Reply to comment]

Wah! Leh latih jd abg yg berjaya ni..senang mama n papa ;)

Eraz Fadli berkata... [Reply to comment]

Bagi aku, penting.. :)

Eraz Fadli berkata... [Reply to comment]

Bagi aku, penting.. :)

Zee Kelasik berkata... [Reply to comment]

pendidikan awal sangat penting... my niece umur 3 tahun, dimasukkan ke tadika sebab since last year dok mengendap kat tepi tingkap tadika tu.. katanya nak pergi school.

Cikgu Aini berkata... [Reply to comment]

Bagus lah Ben Ashaari!

ain syafieqa berkata... [Reply to comment]

sangat penting. didikan awal akan mbentuk seorang ank mnjadi sorang yg lebih confident. klau slah didikan, mngkn mndtngkan byk masalah di kemudian hari.

Suria Lekatlekitgurl berkata... [Reply to comment]

serius memang sy excited dengar ada playschool yg seminggu sekali.. sejam pada setiap sesi tu. Saya memang nk bg anak sy bergaul & belajar berkawan tp sy x confident nak bg org jaga anak dalam utk full day 5 hari seminggu. byk taska yg berdekatan rumah tak bg half day apatah lg seminggu sekali. Memang penting sgt pendidikan awal cuma tu la kan.. bergantung pd kemampuan orang jugak. Kalau la ada playschool macam ni yg x jauh dr area sy tinggal... takpe kalau ada rezeki utk anak saya

syariza berkata... [Reply to comment]

Simple aktiviti kat rumah pun dah ok..color sorting, blocks...umur Qhaliff ni sesuai main dgn objek berwarna

syariza berkata... [Reply to comment]

Simple aktiviti kat rumah pun dah ok..color sorting, blocks...umur Qhaliff ni sesuai main dgn objek berwarna

Hidayah berkata... [Reply to comment]

Sangat sangat elok htr dia bukan memenatkan dia pun.. malah dia pun akan happy ada kwn.. :)

#mishyouqhaliff hehe..

Putera Duyong berkata... [Reply to comment]

okey apa belajar awal.. aku dulu pun masuk tadika awal.. happy go lucky lagi.. main lego dari pagi sampai ke petang.. haha.. tu jela kerja kat tadika... now dah besar.. semua tinggal kenangan.. hahaa

p/s: bro ben... blog bankami dah okey dr malware... mohon masuk kembali dalam bloglist bro ben.. hehe..

http://bankami.net

khairul jamadi berkata... [Reply to comment]

bagus untuk anak...supaya dapat bina keyakinan diri.Kalau boleh didik anak-anak kita dari peringkat umur yang awal.

Dyana Azis berkata... [Reply to comment]

Pendidikan awal memang sangat penting..sebab dorg ni baru nak kenal dunia..nak teroka benda baru..selain dapat kawan baru dpt bina keyakinan diri jugak.. go qhaliff go!! :)

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI