Percutian bajet Visit Malaysia Year 2014 !

by - Ahad, Februari 02, 2014

 

“ Abang , nak gi mana hari ni ? “ … Tanya wife.

Hurm… nak bergerak je , duit ni ! Nak gi mana eh ?? Jawapannya ialah .. Cari je mana yang terdekat .. Maka , sasaran kami ialah Putrajaya. Taman Cabaran dan Dataran Gemilang menjadi pilihan … Hehehhe ..

Seawal jam 10 pagi , dah ke Dataran Gemilang. Harapan tak ramai orang mandi lagi kat situ.. Tapi jangkaan aku meleset.. Hehehe.. Dah ramai orang rupanya..

Hehehe.. Matahari dah naik tapi suhu air masih mampu mengigilkan anak anak kecil.. heheheh .. Qhaliff ?

Hahahahaha .. Tak nak masuk ! Aku paksa dia .. Menangis kooo .. Tapi nangis dia jap je .. Keluar je dari kolam , terus ceria ! Berlari sana sini ..

Pastu makan jap.. Roti sardin dan bihun goreng yang dah disediakan oleh wife di kala Qhaliff masih tidur .. Mandikan dia jap , kemudian siap utk ke destinasi seterusnya iaitu ke Taman Cabaran !

Hurmm.. Kat sini tadi ada laaa sekumpulan budak budak yang aku rasa dalam usia 11 tahun ke atas bermain. Hurmmm.. Dok bermain kejar kejar dalam ni .. Pastu dengan selamba tolak Qhaliff ! Perghh.. Berasap je aku tengokk .. Apa lagi , aku ceramah terus la dalam tu.. Terus diam dan main panjat panjat semula diorang.. Nak tau apa aku kata ke ?

“ Ini bilik utk panjat dinding ! Bukan utk main kejar kejar . Nak main kejar kejar , gi main kat luar tuuu.. Luasss ! Kalau nak main panjat panjat , main dalam ni .. “. Pot pet pot pet je aku. Wife naik segan dah.

Bukan apa.. Diorang dah datang tanpa pengawasan. Pastu melompat sana sini. Kalau patah kaki , tengkuk ke .. camana ? Iskhhh…

Dalam setengah jam dalam ni , pastu balik.. Balik ikut Presint 20. Saja nak tengok orang main kapal terbang kawalan.. Hehehe.. Permainan orang kaya ni ..

Dalam kul 12 tengahari .. sampai rumah ! Jimat dah 200-300 untuk dua hari ni .. Hahahahha ..

You May Also Like

5 comments

  1. alahai...comeynye khaliff...geram je tgok pipi dia

    BalasPadam
  2. seronok dapat jenjalan dengan family.:)

    BalasPadam
  3. seronok qhaliff dpt jln2. I love cuti2 Malaysia.hehe..jemput singgah baca entry bercuti..

    http://whiteroses2013.blogspot.com/2014/02/cuti-cuti-terenggannu.html

    BalasPadam