Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 27 Februari 2014

Perlu lagi ke kamera digital ?

 

Photo: Perlu ke kamera digital atau kompak sedangkan telefon pintar zaman ni dah dilengkapi dgn kamera yg mana kualiti setanding dgn kamera digital ? 

Pendapat anda ..

Dulu aku ada DSLR jenama Nikon tapi dah ghaib satu pakej bersama ultrabook aku. Ok , tu cerita lamaa .. Sejak tu , aku malas nak guna kamera DSLR mahupun digital ! Ini kerana aku tak nak melecehkan diri aku untuk menjaga banyak menda. Nak jaga anak lagi kan ?

Sekarang , aku cuma gunakan telefon pintar  utk amik gambar. Aku tak kisah langsung bab kualiti gambar . Apa yang aku nak ialah gambar ‘saat itu’ ! Aku perlukan segera pantas amik gambar dan simpan mahupun update terus ke media sosial termasuk blog.

Antara sebab aku malas nak guna DSLR , ialah size dan beban dia.. Leceh benar nak angkut semua tu ke satu satu tempat. Nak tinggalkan kejap pon tak tenang jiwa.Nak usung , ke hulu ke hilir .. satu hal lagi .. hurmm..

Tapi setelah aku dapat kamera Sony Alpha 5000 ni , terasa perbezaan gambar amatlah ketara sangat. Ini membuatkan aku kembali berfikir utk mendapatkan sebuah kamera digital. Telefon , tetap telefon la kan.. Bila emergency je baru guna untuk amik gambar atau amik gmbar biasa biasa jer ..

Sememangnya bagi aku .. blogger perlu ada satu digital kamera yang berkualiti utk mendapatkan ‘cerita’ yang menarik utk blog mereka. Kalau tak de ? Kalau takde , guna je la apa yang ada .. Segalanya bergantung kepada kreativiti korang sendiri..

Ramai kawan kawan di Facebook juga bersetuju bahawa sememangnya perlu lagi kamera digital atau DSLR walaupun telefon pintar dah dilengkapi dengan kamera yang canggih..

7 komen :

Incik Zarif berkata... [Reply to comment]

yezza.. btol tu boss. tapi untuk nubis mcm saya ni blom boleh lagi kot. hehe..

Ahmad Zu Mal Md Rayi berkata... [Reply to comment]

betul tu kamera tetap menjadi keperluan blogger macam kita tapi zumal guna kamera telefon jew :)

aizamia3 berkata... [Reply to comment]

tak puas hanya dengan camera di hp. Mesti nak guna camera besar tu gak.. ;)

aizamia3 berkata... [Reply to comment]

tak puas hanya dengan camera di hp. Mesti nak guna camera besar tu gak.. ;)

Farah Waheda Wahid berkata... [Reply to comment]

rasanya lah kan abang ben, masih memerlukan DLSR juga walau macam mana pun...

Mieza Everdeen berkata... [Reply to comment]

saya setuju! walaupun kamera dekat smartphone boleh sampai20MP sekalipun, feeling dan kualiti tak sama dengan DSLR atau digital camera. saya kalau pergi event tak bawa camera rasa kureng semacam je sebab takde kepuasan ambil gambar sendiri.

Farisya Anastasyia berkata... [Reply to comment]

teringin jugak nak angkat satu.tapi buat masa ni,pakai dulu smartphone ni.
ada rezeki,ada lah :)

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI