Pintu , lelaki , perempuan dan kereta ..

by - Jumaat, Februari 28, 2014

 

Hurm… Di Stesen Petronas Damansara tak silap aku .. Yang ada Mcdonalds dan Subway take away tuu .. Haa… Ceritanya gini .. Ni cerita biasa jer .. Sekadar untuk kita jadi lebih prihatin. Isu sama tapi manusianya berbeza ..

Aku singgah makan kat sini jap dan keluarkan duit. Di dalam kedai runcit Petronas ni aku terpandang la satu pasangan suami isteri bersama sorang anak perempuan mereka. Perempuannya , aku kasihan je tengok .. Pakaian lusuh. Dan lakinya pon sempoi gitu jer.. Tapi tampak mereka bahagia. Alhamdulillah.

Sewaktu nak keluar dari situ dan menghala ke Mcdonalds.. tetiba teringin nak makan burger Mcd. Maaf la yer.. Aku tetap boikot tapi sesekali makan je pon ..

Ok , sambung.. Seperti biasa , aku dukung Qhaliff.. Kalau aku kasi dia jalan , maka destinasi seterusnya bukanlah McDonalds tapi entah mana mana .. Haa.. Aku nak keluar dari kedai tu.. Pasangan tadi tu ada depan aku. Suaminya menolak pintu.. Anak perempuannya keluar diikuti isterinya. Aku betul betul belakang perempuan tu. Dan pintu tu dibiarkannya.. Takda tanda nak tahan pon. Aku mampu geleng kepala jer..

Kemudian aku menghala ke Mcdonalds yang ada disebelahnya… Di depan aku ada seorang budak lelaki. Dia menolak pintu tu terlebih dahulu dan kemudiannya menahan untuk melepaskan aku bersama Qhaliff masuk . Aku terus ucapkan terima kasih… 

Sebelum tu… Sewaktu aku nak masuk parking , aku menunggu sebuah kereta yang kebetulan nak keluar. Rezeki aku dapat parking. Kereta tu punya la slow nak reverse pastu betulkan steringnya.. Dan kereta yang kebetulan nak keluar disebelah aku ni , bagi aku lampu tinggi lak ! Tak sabar betul laaa manusia ni ! Aku pandang dia dan angkat tangan tanda maaf diikuti gelengan kepala ..

Hurmm… Dunia ni bernasib baik kerana masih ada manusia prihatin ..

You May Also Like

2 comments