Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 27 Februari 2014

Semakin pentingkan diri ?

 

Photo

Kekadang aku tak nak update dalam Facebook atau blog sbb nanti orang kata aku dok nampak salah orang jer padahal ? Ok , niat aku sebenarnya adalah untuk membuka mata dan kembali terangkan hati kita yang semakin terlalu pentingkan diri ..

Contohnya bila berada di atas jalan raya.. Berapa ramai sanggup senyum , berikan laluan pada kenderaan lain atau bila dah diberi  memotong tu , angkat la tangan skit ..

Dan ini yang kerap berlaku gak pada aku terutama bila berdepan dengan perempuan. Kalau lelaki , rasanya ada yang tolong tahan.. Peliknya perempuan pulak tak gitu !!! Haishh ..

Kisahnya gini ..

Aku dukung Qhaliff .. nak masuk ke dlm kedai makan yang top ni di Putrajaya ..

Berdiri depan pintu. Aku nak tarik tapi kebetulan ada org nak keluar . Dia tolak pintu dan dia keluar dulu.. Aku yg dukung budak ni kena tunggu satu gerombolan keluar..

Dan org terakhir keluar , biarkan pintu tu tertutup dan aku kena tarik pintu tu utk masuk.. Aku sempat pandang muka dia.. Selamba je muka dia .. Nak je aku kata …

“ Dik , saya ni walaupun lelaki ..  cuba la bawak bawak belajar bertimbang rasa.. Apa salahnya tahan pintu tu sebagai tanda prihatin yang saya sedang dukung budak kecil walaupun saya mampu tarik dan tahan sendiri .. Nanti kalau awak mengandung , orang buat cam tu .. camana pulak ? “.

Tapi aku diamkan je la. Ada kawan suruh pikir positif. Mungkin dia tak sihat.. Atau tak larat .. Kalau tak sihat , dia orang pertama akan keluar dulu .. Tapi ni tidak , dia last je dan ok je nampak ..

Tak pe la.. aku pk positif je la.. Dia segan ngan kekacakan aku .. Sbb tu tak sempat nak tahan .. Ok gitu ?

Dah tiba masanya kerajaan menitik beratkan semula pendidikan sivik dan moral di sekolah sekolah .. Jangan dok asik suruh kejar teknologi tapi asas kemanusian , semakin tercicir !

3 komen :

♥ Nana BamBam ♥ berkata... [Reply to comment]

As'salam,

Saya juga pernah menghadap situasi mcm tu, agak sukar mahu bertimbang rasa malah kedekut dengan senyuman, kan senyuman itu adalah satu sedekah dan juga ibadah.

:)

Fizalinolie berkata... [Reply to comment]

Bila baca kisah Abg Ben ni... Teringat Fiza dgn apa yg berlaku dgn Fiza. Masa tu Alia umur 9 bulan. Hubby ajak Fiza pegi shopping. Before balik... Hubby ambik duit kat mesin atm. Fiza pulak jaga troli barang yg penuh tak jauh dari lif. Alia pulak nangis dlm dakapan fiza. Tetiba sorang lelaki cina yg fiza rasa 30an kot umurnya, nampak mcm terpelajar... Menawarkan diri untuk sorong troli fiza masuk lif. Alahai... Terharunya masa tu... Namun fiza just say tq kat dia... Menolak dgn baik dan katakan yg fiza tgh tunggu suami. Hehe... Lucu pulak tgk dia.

Tapi kan abg ben... Jarang nak jumpa org yg berhati tulus dah sekarang ni. Yang ada... Lebih ramai suka ambik kesempatan atas diri org lain.

aku berkata... [Reply to comment]

Saya pernah ditertawakan dlm nada sindir kerana mempraktikkan ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan walaupun kecil. Nampak gaya, masyarakat kita kurang praktik peradaban yang asas seperti ucapkan terima kasih, tolong bukakan pintu (seperti berlaku Ben), berikan laluan dan sebagainya. Masing2 seperti berada dalam dunia yang tersendiri. Kalau di UK, perkara ini adalah asas yang sememangnya dipraktikkan. Untuk itu, apa kata kita semua mulakan dengan diri kita sendiri semoga menjadi ikutan kepada yang lain.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI