Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 4 Februari 2014

Suntikan setahun usia ..

 

Photo

Anak buah aku yang dimasukan wad kelmarin sbb demam panas .. Suhu mencapai 40 darjah.. Alhamdulillah , beransur pulih. Tapi masih ditahan di wad Hospital Sungai Buloh.

Apa kes ? Tak berani nak kata la.. Doktor kata sbb ada kahak.. Tapi semua ni berlaku selepas suntikan untuk setahun usia. Aku ni bukanlah nak menuduh tapi banyak isu diperkatakan mengenai suntikan setahun ni. Qhaliff dulu pon , masa amik suntikan tu .. demam dan naik ruam merah walhal dia takde alergik  pon sebelum tu !

Banyak orang kata , tak perlu amik sebab tak tau apa kandungan vaksin. Ok , aku malas nak bertekak pasal ni cuma lepas ni , untuk adik Qhaliff .. aku dok pk perlukah ? Nak kena tanya pakar ni ..

Bukan apa .. aku ada serba sedikit info mengenai menda ni cuma apakah ianya sahih atau tidak ?? Tu jer .. Hurmm..

11 komen :

Nasz berkata... [Reply to comment]

biasanya untuk suntikan setahun ini, dorang akan beritahu kalau budak tak tahan, akan demam. dorang ada bekalkan ubat demam. Alhamdulillah, Mayeesa demam kejap je. Pas bagi makan ubat demam, kebah terus demam dia.

From,

Nasz

www.nasznadzeri.com

Suria Lekatlekitgurl berkata... [Reply to comment]

pasal vaksin ni saya sendiri pun x sure. Untuk anak saya takde demam ke alergik ke lepas suntikan. Mungkin bergantung pada antibodi kanak2 tersebut. Kalau taknak amik vaksin ni kat baby pun boleh tukar kepada ubat2 homephaty utk kuatkan antibodi dia.. sebab katanya ubat2 homephaty ni lebih selamat sebab bebas dadah kan. Saya ada cuba jugak untuk anak saya, Alhamdulillah ok. serasi.. cuma supplement tu guna kaedah gelombang holistik.. boleh la kalau nak try... sebab ubat2 dia pun sama macam homephaty cuma kaedah dia advance skit..

UmmiAbi berkata... [Reply to comment]

Assalam. Siannyer baby tu...Ank 1st dlu pun camtu. Siap doc ckp jangkitan kuman kat paru2. Pas vac jgk kena. Ank ke2 ,mmg unvac trus.Alhmdulillah sht smpai sekarang. Abg Ben, mungkin ini hidayah dr Allah nk tunjuk pd abg Ben. Ramai ibu bapa x sedar, dah jadi AEFI kat anak baru kita nak gali ilmu. Abg Ben bleh jgk cari ilmu kat OHUB- https://www.facebook.com/groups/OHUBMalaysia/
Sy tgk ingredients vaccines ni pun dah seram,suka2 je nk masukkan segala chemicals dlm bdan ank kita..huhu
http://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/downloads/appendices/b/excipient-table-2.pdf
Doc sendri yg bgth sy vaksin ni utk keuntungan pihak tertentu(farmaseutikal). Diorang promote je pun dah dpt komisyen apatah lg menjualnya.. Wallahu'alam.. Lagipun Allah ada.Byk gak probiotik n vaccine alami dh tercipta(siap ade dalam Al-Quran), susu ibu, madu, habbatus sawdak... Tapi ramai manusia sekarang takut penyakit, padahal penyakit itu dtg dari Allah, Allah jua yg menyembuhkan. InsyaALLAH, moga dipermudahkan..Ameen..

mUmmy~aKif berkata... [Reply to comment]

Elok khatamkan dulu Garis Panduan Farmakogivilans yg dikeluarkan pihak KKM berkenaan suntikan vaksin ni sebelum pergi suntik anak. Dalam tu ada cara nak laporkan AEFI (Adverse Effect Following Immunisation) sekiranya berlaku. AEFI tu wujud tp sbb takda yg buat report, maka takde statistik. Jd majoriti fikir suntikan vaksin tu 100% selamat & sesuai dengan semua orang..walhal yg sebenarnya bukan mcm tu..

Zie Fauzi berkata... [Reply to comment]

anak kedua saya dulu, baru beberapa hari amik suntikan setahun demam panas sampai kena serang sawan.. padahal sebelum cecah usia setahun dia x pernah demam.. itu la 1st time demam n terus kena serang sawan.. tak pasti la apa puncanya...

PuteraOhtraBulan berkata... [Reply to comment]

Assalamualaikum bro.
Banyak NGO atau individu yang berbincang masalah ini.
Namun mereka masih belum jumpa jawapan yg konkrit dari pihak berwajib.

Amalia Cj berkata... [Reply to comment]

boleh buat laporan kalau bayi kena kesan sampingan vaksin.

dan mmg patut buat laporan,sbb kalau kite tak buat laporan,syarikat farmasi takkan tahu ape perkembangan vaksi mereka yg da digunakan..at least kalau ade laporan ttg kesan sampingan..mereka boleh buat penambah baikan pada vaksin mereka...

Jom bantu syarikat vaksin dan hospital..

kesan2 sampingan vaksin ringan.
.Demam
.Ruam
mcm2 la..tak igt.huhuhu

MH MY berkata... [Reply to comment]

Dah try bagi dia makan telur tak? Itu syaratnya

ummi auni berkata... [Reply to comment]

Anak sy usia sthn stgh..cucuk smpai 6bln je rasanye..pastu xcucuk lps mndalami vaksin2 ni.jd tkt lak.usaha,tawakkal sy dgn husbnd decide xcucuk my bby..alhamdulillah siht smpai skrg..

Abhamz SSU berkata... [Reply to comment]

ambik tak ambik suntikan tu buat ibu bapa dalam dilema...pelbagai cerita negatif tapi akhirnya takut tanggung risiko...ambiklah jugak

nabila biela berkata... [Reply to comment]

haishh..bahaya jugak suntikan camni kat budak2 ni...hurrmm

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI