Tak nak ubat !

by - Selasa, Februari 25, 2014

 

Dulu masa kecik , semua nganga ! Asal sua depan mulut , terbukak cam mulut buaya ! Ngappppp !!!

Sekarang ? Asal sua jer , terus tutup mulut .. Kalau dia nampak cam melazatkan , baru laaa nak makan .. Kalau tak ? Hurmmm ..

Photo

Memula dia dok main panjat panjat .. Bila aku kata …

“ Qhaliff .. jom makan ubat .. “

Terus dia tolak kerusi tu dan duduk dalam dalam.. Bila aku sua tangan nak tarik dia , ditepisnya tangan aku tu haaa.. Amboiiii ! Sampai hati eh buat kat daddy.. Lupa kot daddy dok usung dia masa usia sehari dua ke hospital tu haaa .. Masa dok sakit tu haa.. Ni boleh pulak tepis tangan daddy macam tu ..

Tersentuh hati ini .. huk..huk ..

Photo

Hurm.. bila masa masa ginilah kita baru terasa betapa orang tua sayangkan kita walaupun kita buat perangai macam macam hinggakan ada yang memalukan diorang tapi tidak langsung mereka buang kita sebagai anak tapi kita , ada yang malu nak mengaku mereka tu orang tuanya hanya kerana memberi beban atau memalukan mereka ..

Hurmm…

You May Also Like

0 comments