Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 10 Februari 2014

Tiada lagi BUKAN KERANA AKU TAK CINTA !

 

Ok .. Aku rasa la , drama ni dah ‘over’ ! Aku rasa korang pon dah tau apa maksud aku kan ? Jalan cerita mmg best tapi bila nak terlalu hayati watak agar lebih menarik , rasanya tak perlu laaa..

Watak manja , romantik dan mengada tu tak semestinya nak kena peluk , cium tang dahi la dan sebagainya. Adoiyai… Sesuai ke drama gini ditonton oleh anak muda ? Iskhhh…

Tang lain , tak pulak dia titik beratkan cam watak Aryan yang pegawai polis tu. Ada ke pegawai polis simpan janggut ? Lain la dia tu mata mata ke , detektif ke.. Tapi tak ponnn.. Satu Malaysia tau dia pegang watak pegawai polis !

Aku rasa .. malam ni episod terakhir la aku nak layan drama Melayu ni .. Rasa bersalah pulak dok sokong drama gini .. Hurmmm.. Maaf la yer.. Bukan nak kata aku baik tapi anak muda remaja dok tengok tuuu dan ada yang follow dah pon..

Rasanya ada gambar tersebar murid sekolah rendah bertatu di lengan kantoi kan ? Salah sapa ? Yer , diorang kata salah mak bapak sebab tak pantau ! Mana kementerian atau jabatan yang patut pantau drama atau filem yang diterbitkan utk tontonan umat Islam di negara tercinta ni ? Apa dah jadi ni ?????

Bila bersepah bayi dibuang , nak salahkan remaja yang buat zina tu ? Huh …

Teringat dulu.. filem Hong Kong dulu pon nak cium mulut , segan segan.. Sekarang dah selamba.. Filem Hindustan pon dulu dok cium dahi je.. Sekarang dah ada cium mulut kan ? Tak mustahil satu hari nanti akan berlaku pada drama kita kalau takde yang amik kisah ..

Entah laa.. Aku malas dah nak tengok .. Tiada lagi BUKAN KERANA AKU TAK CINTA ! Maaf Jebat .. Nasib baik aku tak botak kepala ! Hahahahah ..

8 komen :

Nurul Aini berkata... [Reply to comment]

Setuju..sebab itu saya kurang minat tengok drama2 Melayu. Habis semua dilanggarnya. Tak kira halal dan haram. Maaflah pada sesiapa yang terasa.

Akeyla Azmi berkata... [Reply to comment]

Aahahaha betul.

sharifah muda berkata... [Reply to comment]

alhamdulillah ..sy pun tk follow cite ni.. tp sy baca novel dn ikut blog serta fb epnulis.. sy segan nk tgk drama ni atau semua drama2 adaptasi sbb saya tahu akan terjadi sentuhan2 antara pelakon.. jd utk elakkan mulut sy mengutuk baik sy tk tgk awal2..

jehanfrhin berkata... [Reply to comment]

apa dh jd?? Malam ni x sempat tonton pon sbb layan Projek Memikat Suami.. tp mmg over pon citer tuu.. huhuuu

Lily Puteh berkata... [Reply to comment]

pehhh ! nasib baik sokong belum sampai tahap nak botakkan kepala . hahahaha

Miesz Nurul berkata... [Reply to comment]

FYI , Aryan tu inspektor laa.. bkn pgawai polis..over tak over, tapi , tengok juga kan.. terpulang dengan penonton la nak nilai camne..

Prince Ahmad berkata... [Reply to comment]

Kebanyakkan drama yg org kritik drama tuh la ramai org tengok....hahahahaha....xguna rating tinggi jugak.....Korang bising2 dpat apa???Pelanggan Astro lebih 3juta jgak xberganjak.....hahahahaha

nursyafinas zainal berkata... [Reply to comment]

Abg Ben tk nak up cerita psal Ahmad Idham tu ke . Hihi . Bersungguh dia pertahankan cerita2 dia yg elok sgt tu . Org2 yg menegur siap dia tegur balik "keluarkan duit sendiri , buat filem sendiri " .

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI