4 jam di gym , tak sepenat ..

 

Photo

Sampai rumah , aku masih belum mampu baring.. Wife begitu jugak.. Dia terus ke dapur untuk settlekan botol susu Qhaliff yang dah digunakan hari ni dan juga membersihkan bekas makanan yang aku bawa ke rumah mak aku.

Manakala aku , terus melayan Qhaliff.. Kalau tak , dia akan main kat dapur. Bahaya ! Pastu kasi mandi dia lak .. Dia , tak henti henti bermain. Kejap panjat aku. Kejap nak dukung ..Kejap sepahkan mainan .. Sabar jer la..

Lepas solat Maghrib , baru dapat baring.. Bila dapat baring , hanya Allah tahu betapa penatnya fizikal dan mental.. Wife lagi laa.. Dengan kesaratan dok mengandung tu.. masih mampu malah bersemangat menguruskan rumahtangga..

Aku .. kena update blog lagi.. Dah semakin kurang update sbb tiap kali bukak laptop , ada orang tolong tutupkan walaupun aku tak sempat update sepatah perkataan pon.. Tunggu malam baru laaa leh update ..

Tapi sekarang , aku tak larat dah nak berjaga macam dulu. Terlalu penat sbb siangnya aku gi gym lagi.. Kepenatannya di gym , 4 jam pon tak sama penatnya dok layan karenah anak.. Tapi peliknya , si ibu mampu layan je kan ? Aku ? Layan je laaaa.. Cuma risau blog tak berupdate sbb ianya punca rezeki aku .. Hurmm..

4 ulasan:

  1. Kesian kat bro... Sabor je yer. Nanti bila anak dah besar mesti terkenang kembali masa2 dia kecik :)

    BalasPadam
  2. walaupun letih...namun bila lihat keletahan Qhaliff tentu berbaloi...tak pe sikit lagi dia fahamlah kerjaya daddynya...InsyaAllah

    BalasPadam
  3. sebab tulah kene hargai setiap pengorbanan seorang isteri.. kalau dia mengomel layan aje sebab kesian and penat nak layan kerenah anak

    BalasPadam
  4. Azab sikit masa dorang kecik xpa bro..nt dah besar senang banyak..itupun kalau merancang keluarga..haha.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009