Aku dan Felixia Yeap !

by - Jumaat, Mac 14, 2014

 

Gi event Wechat Yeo’s malam tadi .. Sampai ke lokasi yang ditujui , dalam kul 7 lebih gitu.. Terus masuk ke dalam restoran yang menjadi tempat pertemuan ramai blogger sebentar lagi..

Aku masuk .. tengok tak ramai lagi ada .. Aku pandang sorang sorang.. Takde sapa pon yang aku kenal terutamanya blogger lelaki. Segan nak lepak ngan blogger perempuan sebenarnya.. Aku kan pemalu.. heee ..

Aku duduk sebelah staff PersonEdge, agensi pengiklanan yang menjemput aku hadir ke event tu. Sebelum duduk tu aku lemparkan senyuman pada rakan blogger wanita di depan aku.. Hormat la kan..

Tiba tiba dalam hati aku terdetik bila pandang sorang gadis bertudung ni..

“ Macam pernah aku tengok je.. tapi di mana yer ?? “.

Iskhh.. Malas nak berteka teki aihh.. Aku terus ajukan soalan kat rakan wanitanya yang duduk disebelah.

“ Er , siapa dia yer ? “.

Aku tak sempat nak susun ayat. Risau nanti ramai dah datang , aku segan nak berbual dah .. hahahaha ..

“ Felixia .. “. Dia jawab.

“ Felixia Yeap ? “. Aku tanya kembali .

Dan awek cun tu pun senyum dan kata ..

“ Er, u kenal ke ? “.

Dalam hati aku.. Gile tak tak kenal kalau dah aku sendiri pun share di wall aku pasal kes dia bertudung tu haa.. Hahahahaha ..

“ Kenal… sapa tak kenal u… Dalam FB kan dah viral.. “.

Terus terang la kan .. Aku bukan jenis nak bergambar sangat dengan orang yang aku baru kenal pertama kali terutama selebriti.. Aku malas melainkan aku mmg nak ‘bakar’ kengkawan di FB kasi jeles gitu.. Hahahah ..

Tapi dalam kes ni , aku mmg respek kat dia .. Aku ajak dia bergambar tanpa rasa segan silu ! Hahahaha .. Aaahh.. tak kira orang nak kata apaa !

Pada masa ni dia nak berdiri.. Aku kata , tak yah sbb tak nak menyusahkan dia .. Duduk pun ok dah .. Confirm ramai kawan kat FB jeles gitewww .. hahahaha .. Auwww..

Lepas bergambar tu , aku ingat nak ajak dia berselfie duckface .. Hahaha.. Tapi tak nak la.. Nanti dia kena kritik lak.. Heee.. Tamo tamoooo..

Aku duduk kembali ke tempat aku dengan rasa masih belum puas nak berposing dengan dia .. Hahaha .. Aku overdose ubat demam kot ?? Hahaha ..

Dan sekali lagi peluang menjelma .. Aku gi kat dia ketika dia tengah berbual dengan Mei Sze , big boss PersonEdge .. dan terus mencelah .. Ahhhh .. Jangan marah aaa Mei Sze.. Nanti ramai orang datang nak bergambar ngan dia , aku dah tak dapat peluang ekslusif tu.. hehe..

“ U Ben Ashaari kan ? “. Felixia tanya aku.. Aku mengiyakan .. Dalam hati aku terasa bangga gitu dia tau…

“ U tulis pasal apa di blog yer ? “. Dia tanya ..

Huwaaaaaa … Aku ingat dia dah pernah baca .. Hahahahah .. Tak kisah laaa .. blog picisan je pon ..

“ I tulis macam macam dalam tu.. Mana yang rasa ok , i tulis .. “. Aku jawab.

“ I pon gitu gak.. Tulis campur campur jer.. “. Felixia jawab dengan bahasa Melayu yang cukup lancar dan fasih. Respek arrr !

Nak borak panjang , tapi aku kan segan .. Aku risau je nanti ada gossip liar kat situ. Hahaha.. Perasaan !

Pastu aku duduk kembali dan upload gambar tadi ke FB dan .. yer .. ramai jeles ! LAlalalala .. Wife jeles ? Takde maknanya dia nak jeles ! Huhuh..

You May Also Like

15 comments

  1. Jeles, abg ben tak nak amik gambar dengan saya pun tadi... Hahaha

    BalasPadam
  2. Hahah.. untunglah :D

    # baru tau pasal dia.. ohoho

    BalasPadam
  3. Ya Allah bukalah pintu hidayah bgnya... Punya la sempurna hijab yg dia pakai tu. Lg sempurna drpd sstgh perempuan Islam yg suka pakai senteng, ketat, singkat - xtau nak sebut pakai tudung ke pakai sarung nangka dah...

    BalasPadam
  4. Siap pakai sarung tgn lg..yg mna jrg2 muslimah buat..subhanallah

    BalasPadam
  5. petang semalam dia hadir untuk sesi talk kat office saya.. ;)

    BalasPadam
  6. encik ben, siyes terbakar haha...

    dia memang lawa, subhanallah.. Semoga terbuka hatinya untuk islam

    BalasPadam
  7. tutup aurat dgn sempurna.. suuwiit ^^

    BalasPadam
  8. comeinyaa felixia! respek dia sebab mampu berhijab sempurna walaupun belum jadi muslimah. semoga Allah berikan hidayah buat felixia

    BalasPadam
  9. wahh, wife uncle ben xjeles? saya pulak yang jeles.. da lama sangat nak jumpa felixia :)

    BalasPadam
  10. wahh cantiknya dia.. untung la :D

    BalasPadam