Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 7 Mac 2014

An Exclusive Preview oleh ARIANI

 

Semalam , aku dan beberapa rakan blogger memenuhi jemputan GALERI ARIANI  ke majlis ‘ An Exclusive Preview ‘ dan Penyampaian Hadiah yang bertempat di The Intermark , Jalan Ampang.

Sewaktu tiba di lokasi majlis ni terus terang aku rasa cam sedikit ‘segan’ sebab majlis ni nampak terlalu formal dan ekslusif ! Aku lak nampak santai jer.. Hehehhe ..

DSC00069

Aku rasa selesa setelah mendaftarkan diri. Layanan dari urusetia Galeri Ariani bagi aku ‘tip top’ ! Mereka ok sangat . Takde la pulak nak sombong atau berlagak gitu. Kita tanya , mereka jawab. Malah bila cari nama kita pun , mereka tenang jer .. Yelah , kita ni cuma blogger je pon.. Bukan VVIP ponnn .. hehehe..

Selesai daftar .. Masa untuk bergambar sementara menunggu masuk ke dewan. Sebelum tu , solat la dulu kan.. Hehehe.. Awal lagi ..

Photo: Model Ariani akan datang ? Hee.. tak ler.. Di majlis rasmi Ariani di Intermark

#arianipreview2014 #ariani #jakeltextile #jakel #galeriariani #tudungariani #hijabfashion #muslimahfashion

Bila masuk ke dewan majlis ni , aku tergamam seketika. Lama betul aku tak tengok majlis sebegini gah … dan menariknya , ianya tetap cool.. Maksud aku , takde la nak ala ala VVIP sangat.. Haaa..

Berkaitan dengan tudung ARIANI ni .. wife aku yang gemar pakai tudung ni kerana selesa dan tidak mudah rosak. Harga ? Mampu beli la.. Ikut kemampuan masing masing. Kalau nak mahal , ada yang mahal.. Nak yang biasa biasa , pon ada .. Kualiti kainya tetap terjamin.

DSC00076

DSC00086

Ok .. masa yang ditunggu-tunggu. Setelah ucapan alu-aluan dari Pengarah Eksekutif Galeri Ariani dan juga ucapan dari bekas Duta ARIANI , Wardina maka pertujukan fesyen tudung terkini dari Galeri Ariani..

DSC00120

Cantik cantik tudung terbaru ni.. Rekaannya aku rasa pasti akan menambat hati ramai wanita tak kira usia ..

DSC00100

DSC00101

DSC00126

Hehehehe …  Pertunjukan fesyen disambung selepas pengenalan Duta baru ARIANI … Nurul Syuhada.. Personaliti TV3 yang dah dikenali ramai ni .. Tenang je orangnya. Sesuai sungguh dengan konsep ARIANI yang tenang dan menarik hati ..

DSC00129

Sambung balik.. Aku pun bergegas amik gambar.. Terpaksa berdiri di belakang photographer profesional . Nasib baik ada kamera baru yang .. hehehe.. Best !

Haa… Lupa lak.. Ada cabutan bertuah utk pembeli tudung ARIANI ..

DSC00112

Hadiahnya ? Baucer tunai RM1000 , Carpet bernilai RM5,500 dan iPhone. Ada 66 pemenang kesemuanya ! Perghhh.. rugi tak beli tudung masa tu.. huhuhu ..

Ok.. sambung tengok fesyen show.. heee..

DSC00155

DSC00157

DSC00166

DSC00174

Ok .. bahagian ni aku tak pernah saksikan sendiri ! Menarik ! Lelongan tudung utk kebajikan. Duit lelongan tu akan didermakan .. hehehe..

3 helai tudung ekslusif yang mana hanya ada sehelai setiap satu di dunia ni , dilelong dengan harga ribuan ringgit dan ada yang cecah puluhan ribu.. hehehe.. Baiknya hati ..

DSC00178

DSC00183

Kemunculan istimewa Dato Siti Nurhaliza menjawab segala teka teki. Apakah dia diundngan menjadi penyanyi saja ? Tentu sekali tidak .. Rupanya dia secara rasmi menjadi ikon ARIANI dan juga telah menandatangai satu usahasama bersama ARINI ..

DSC00220

Gambar kat atas ni adalah Koleksi tudung Dato Siti Nurhaliza yang dikeluarkan oleh Galeri Ariani. Tak lama lagi akan berada di pasaran. Cantik ..

DSC00227

DSC00230

Hurmm… Majlis selesai tepat pada masanya. Aku tengok rakan rakan blogger yang keluar dari majlis tu semuanya gembira. Termasuk aku .. Event yang menarik , tudung yang cantik , layanan yang tip top dan paling penting .. semuanya berjalan dengan lancar !

Semoga GALERI ARINI terus maju !

6 komen :

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata... [Reply to comment]

Salam Ben..tak mampu nak beli tudung Ariani,tp klu dapat sehelai best gak(^_^)

Solehah Shamsuddin berkata... [Reply to comment]

Bestnya dapat jumpa Dato' Siti depan2. Siti pakai pe2 pn cantik. Siti makin cun skrg ni. Suka tgk Siti.

Yuyu Zulaikha berkata... [Reply to comment]

nak bergambar dengan abang beng semalam. tapi takde pun :'(

yang baik Ishak berkata... [Reply to comment]

tudung ariani memang cantik dan hebat... tetapi buat masa ni belum lagi mampu milik... huhuhu

Rozita berkata... [Reply to comment]

cuma mampu beli inner dia je pun...huhu..

Nur Madihah berkata... [Reply to comment]

Lawa tudung tu.Tapi harga mahal.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI