Apa dah jadi dengan kita ?

 

Photo: Punca punca kemalangan .. 

Main pancung macam tu jeeee padahal korang nampak tak depan skit punya clear ??? 

Harap kereta je mahal tapi akal takde ..

Aku tengah pandu mengikut had laju yang dibenarkan .. Maklumlah , cuaca sedang berjerebu. Jadi had penglihatan tu terhad. Jangan nak memandu ikut suka hati je kan ?

Tiba-tiba tuuuuu.. kereta dalam gambar tuuu haaa … Memancung aku tanpa bagi amaran terlebih dahulu ! Aku pelik gak la kenapa dia buat gitu ? Apakah ada kereta di belakangnya ? Takde pon ! Hurmmm.. Ni sah sah mmg perangai punya isu ni ..

Lepas pancung aku terus dia memecut laju ke depan .. Lorr.. Pelik la perangai… Harap kereta je mahal tapi perangai serupa orang sekolah tak abis.. Maksudnya , tak berpendidikan tinggi laa .. Dan juga berilmu pengetahuan .. Haaa..

Kejadian berlaku petang sewaktu nak gi amik wife balik kerja. Sebelum tu , ada gak insiden yang hampeh ! Memang bikin aku tensen la kejap . Nasib baik ada la anak kat sebelah kasi sejuk hati dengan senyumannya..

Kenapa ? Memandu kejap nak masuk kiri , kejap kanan .. tapi signal tak bagi ! Yang memancung dari lane laju ke ke lane tengah untuk terus ke lorong kiri pon gitu gak.. Bila aku pandang , hanya nampak kepala jer ! Adehhhh … Dia mendongak gitu haa.. Haih.. maafkan je laaa ..

Serius laaa.. sekarang ni , kita berhati hati pon , kena hati hati lagi.. Kena baca betul betul cara pemanduan pemandu lain.. Jangan ingat kita ok , dah .. maka boleh terselamat dari bala bencana !

Nasihat aku.. jangan pentingkan diri sendiri bila memandu !

3 ulasan:

  1. itulah budaya orang Malaysia kat jalan raya, mmg tak beradap

    BalasPadam
  2. tiada lagi kesopanan.. urmm Malaysia kan terus begitu. langsung xnk mengikut budaya luar yg ternyata lebih baik di jalanraya

    BalasPadam
  3. itulah abg ben..kadang tu x cukup nak potong sana sini..siap bakar line plak kalau kita steady je drive xnak over laju..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.