Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 14 Mac 2014

Bil elektrik melambung , sapa siapa ?

 

Hurmm .. Bulan bulan lepas , aku berbangga kerana berjaya mencatatkan rekod bil dibawah RM200 .. Tiba-tiba hari ni , terkejut beruk aku !

Photo: Biasanya Rm100++ .. tiba tiba gini ??? Hampir 600 !! Siang takde rumah.. malam baru ada pon mahal ???

Gilaaa laaa.. Kali terakhir aku dapat macam bil ni punya mahal  , zaman guna TMNet ! Elektrik ? Giler ke apa mahal gini ? Nak kata aku guna 10 aircond dalam rumah , takde la pulak.. Aku guna 1 je.. Tu pun bukan on 24 sbb aku sebelah siang mmg takde kat rumah. Belah malam baru on.. Tu pon seperti bulan bulan sebelum ni .. Takde la tahap mahal gini !

Aku cara bacaan sewaktu dia rekodkan ke dalam bil ..

Hurm.. tak comel la kuku aku tu.. Kena wat medicure ni.. Iskh.. Haa.. sambung.. Tengok kat bacaan DAHULU.. 6495 dan SEMASA yakni yang terakhir dia rekodkan .. Kiranya hari dia keluarkan bil ni laaa ..

Dan aku terus capai hp aku yang dah banyak berjasa pada aku ni , terus ke peti meter elektrik.. Zassss .. aku snap ..

Hurmmmmm .. 7131 ! Berapa banyak beza tu ???? Huk alohhh.. Apa alasan dia ? Sebab tak leh masuk rumah ? Eh , sebelum ni aku nampak pekerja TNB tembak dari luar pagar rumah , dan bil pon cuma hampir jejak RM200 jer ..

Haihh.. aku up gambar ni dan nak tau apa pandangan rakan rakan .. Ramai terkejut unta la tengok bil. Ada yang tanya aku , aku buat mini empangan ke kat rumah ? Atau ada buat kilang aiskrim ? Huhu… Home teater ? Aku dah guna 4 bulan home teater , takkan bulan ni lak baru mahal ? Tengok tv pon , bkn 24 jam !

Apakah salah kira ? Ok.. esok aku nak gi TNB utk dapatkan penjelasan .. Ada yang kata tunggakan ! Bil air dan elektrik , tiada tunggakan yer.. Kitorang mmg tak suka berhutang. Apa yang boleh dilangsaikan , langsaikan dengan segera !

Aku pasti ramai pernah alami kes gini.. Dan ada yang amik tindakan dan ada yang diam .. Hurm…..

11 komen :

Abhamz SSU berkata... [Reply to comment]

dekat dua kali ganda naik tu....klu mcm ni susahlah

Eraz Fadli berkata... [Reply to comment]

Tinggi giler bil..

Eraz Fadli berkata... [Reply to comment]

Tinggi giler bil..

Eraz Fadli berkata... [Reply to comment]

Tinggi giler bil..

Jueliza Jamani berkata... [Reply to comment]

g buat report la abg ben.. ini mcm penipuan jer..

ahmad zikron berkata... [Reply to comment]

mungkin staf tnb silap pandang atau silap taip..7130 tu silap pandang@taip 7730..harap maklum pada tnb..bincang elok2..

Ayumieka berkata... [Reply to comment]

saya pun pernah kena... bil letrik smpi rm600++... tapi rupanya dia ada selit satu lagi bil yang betul bacaan. rm100++ je pun... jenuh wehhh nak bayor rm600 utk letrik. dah mcm bayar ansuran keta. huhu.

Faeiz berkata... [Reply to comment]

Kesilpan bacaan tu..gi tnb bawak reading sebenar nnt dia bagi bil baru...kesilapan yg x disengajakan tu...:-)

cruxidex berkata... [Reply to comment]

Noted... kesilapan telah dikenalpasti berpunca daripada kesilapan meter reader membuat bacaan kerana pandangan agak silau.. bill baru akan dikeluarkan dan akan diserahkan semula hari ni atau esok

- Abdul Hafiz
Pengurus Cawangan
TNB Sepang

cruxidex berkata... [Reply to comment]

Noted... kesilapan telah dikenalpasti berpunca daripada kesilapan meter reader membuat bacaan kerana pandangan agak silau.. bill baru akan dikeluarkan dan akan diserahkan semula hari ni atau esok

- Abdul Hafiz
Pengurus Cawangan
TNB Sepang

Ieta Mat Saad berkata... [Reply to comment]

tu dia aih... gila pnya mahai... hah, kan3... terus dijawab terus... JANGAN MAIN2 DENGAN BLOGGER...! chewah3... jadi stormfire plak akak nih. ekeke... bagus2... akak pown nak wat camni gak. gunakan handphone dan update ke blog (kalo sempat ler...) terima kasih ya bagi cadangan ni

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI