Bila cuti sekolah menjelang ..

by - Isnin, Mac 24, 2014

 

Teringat aku  di zaman kanak kanak .. Perghh.. Masa tu laa boleh nampak kawan kawan yang sebaya datang dari kampung , ke rumah sedara mara di sini.

Seronok ? Huhu .. tentu sekali laa.. Masa ni la nak main nyorok nyorok , kejar kejar , rondas , konda kondi , galah panjang , bola tin , bola cop , layang layang dan macam macam lagi permainan tradisional yang di modenkan ..

Best partnya , setiap cuti penggal dah tau apa musimnya.. hehehe ..Hilang stress belajar masa tu. Tak ingat dah ‘tragedi’ di sekolah sebelum sebelum tu.. Hehehe.. Seronok bermain..

Dan sekarang .. Hurm.. Sedih aku lihat anak anak kita. Padang permainan pon dah  byk dibangunkan. Nak main bola ? Kena sewa dah padang .. Nak main badminton , kena sewa dah gelanggang..

Photo

Nasib baik la kawasan perumahan aku membesar ni masih ada padang bola sepak , gelanggang badminton , bola keranjang yang luas. Puas la budak budak nak berlari .. Tapi dengarnya nak dibangunkan semula kawasan ni.. Hurmmm ..

Bila tempat permainan dah dimodenkan dan dimajukan , apa yang tinggal untuk generasi akan datang ? Apa yang mereka akan main ? Ada lagi ke main tarik upih ?  Main congkak kat tanah ? Segalanya permainan di hujung jari ? Atau , cuti sekolah .. anak anak dihantar ke tuisyen untuk tingkatkan keupayaan pembelajaran ..

Dah besar nanti , apa kenangan yang mereka ada bersama rakan rakan permainan ?

You May Also Like

3 comments

  1. boleh tu c kecik turun kat bukit sendirian..hehheee

    BalasPadam
  2. sekarang budak2 dah sibuk dengan gadget jer... and it's true semua nak kena sewa sekarang... dan masih menngkaji gak ni, apa excitement budak2 zaman sekarang kalau diaorang nak ingatkan masa kecil mereka kembali...

    BalasPadam
  3. Nampaknya nanti generasi akan datang main game dalam umah je la...

    BalasPadam