Budak suka kalkulator ?

 

Masa aku gi beli kamera Sony Alpha 5000 di Low Yatt Plaza baru baru , mamat bawah ni haaa ..Cukup teruja laaa bila nampak kalkulator. Menda lain dia tak nak dah.. Pujuk camana pon , kepala dia tang tu gak.. Ni , mmg perangai aku.. Aku siap tanya berapa kalkulator kedai kamera tu kalau dia nak jual memandangkan Qhaliff dah berpusing pusing dalam dakapan aku ! Huh.. tapi dia tak jual ! hahaha.. Bikin segan daddy jer ..

Gi Aeon Alamanda tadi , nak cari almari untuk letak baju adiknya Qhaliff nanti.. Dia ternampak kalkulator atas meja milik pekerja situ. Bersungguh dia nak amik.. Haihh ..

Akhirnya , almari ke mana … dapat kalkulator tu gak ..Suka la diaaaa …

Pegang je dia dalam kereta .. Sampai je rumah , kalkulator tu entah kemana .. tab Samsung aku tu jugak dia capai dan layan.. hurmmm..

4 ulasan:

  1. sajeje dia nak nguji daddy dan mummynya....biasalah kanak2, mula je excited lps tu tah ke mana...

    BalasPadam
  2. Mungkin Qhaliff akan jadi usahawan berjaya nanti, tu minat nak mengira tu :)

    BalasPadam
  3. takpelah kalkulator mcm tu bukan mahal manepun. demi anak tercinta.

    BalasPadam
  4. dah namanya budak-budak.. kejap je dia nak, lepas dah bosan dia tinggalkan..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009