Cafe Hospital Putrajaya

by - Selasa, Mac 04, 2014

 

Kali pertama aku masuk.. Dalam kepala aku , mesti la ala ala kantin kantin biasa jer terutama bab makanan tu.. Aku yang dukung Qhaliff , tercari cari tempat duduk. Penuh orang. Akhirnya wife dapat juga meja yang baru ditinggalkan.

Sewaktu masuk ke dalam cafe tu , aku pandang lauk pauk yang diletakkan dalam bekas periuk yang biasa aku tengok di hotel hotel.. Dan kelihatan lau pauknya amatlah menyelerakan ! Perghhh ..

“ Nak makan apa , abang ? “ . Wife tanya.

“ Tak kisah. Apa je pon.. “. Jawab aku yang malas nak pikir makan apa sebab aku dalam mood jaga badan..

Aku duduk , jaga Qhaliff. Dia ni dalam mood nak berlari sana sini. Jadi aku kena kawal. Wife tak leh sbb nanti kena dukung. Bahaya. Sekarang ni pon doktor tak kasi dia dukung sbb uri rendah.

Tak lama kemudian wife sampai dengan mee kuah..

“ Ok tak ni ? “. Dia tanya.. Aku ok je. Asal makan kenyang dah ..

Photo

Hurmm.. Wife ngan Qhaliff makan nasi campur jer .. Harga yang dibayarnya , RM7 lebih.. Hurm… ok la kot.. Nak murah lagi, kena gi turun makan kat kampung kampung je la .. huhuh ..

Selepas makan , aku dukung Qhaliff untuk gi basuh mulut dan tangan dia .. Dan lalu kawasan makanan yang diletakkan .. Hurmmmmm .. Sedap sedap lauk diaa ni ! Semuanya menepati selera aku .. huhu …

Aku up status di FB .. Nampaknya ramai yang bersetuju dengan aku yang mana makanan di Cafe Hospital Putrajaya ni mmg sedap belaka malah ada siap tapau bawak balik rumah. Malah boleh aku katakan lebih sedap dari sesetengah hotel yang pernah aku pergi ..

Haa.. korang kalau singgah Hospital ni terutama belah tengahari , baik cepat cepat gi masuk makan dulu sbb confirm penuh nanti !

You May Also Like

6 comments

  1. teringat pernah masuk hospita tu dulu kes denggi..

    BalasPadam
  2. Wah, hebatla camni. Bukan senang nak cari kafe hospital yang makanannya sesedap ini :)

    BalasPadam
  3. Makin sihat ler duk kat hospital putrajaya tu :)

    BalasPadam
  4. a'ah mmg pon cafe putrajaya mmg sdp

    BalasPadam
  5. Perhhh perhhhh,, sedap nye.. melelh.. hehee.. :D

    BalasPadam