Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 21 Mac 2014

Congo Bars oleh DAPUR SHAZ

 

Baru-baru terima aku terima satu kiriman dari sahabat FB aku nun di Kelantan tu .. Dia dah sedia maklumkan pada aku yang dia akan kirimkan Congo Bars untuk aku rasa ..

Congo Bars ? Memula aku ingat dia jual bars protein yang orang bina badan tu makan .. Bila bukak .. Tu diaaa.. Memang saja tak kasi aku diet ni si Shaz !!

Aku biar dulu.. Wife rasa.. Qhaliff pon panjat atas meja makan utk amik.. Berebut ngan wife ! Satu satu Qhaliff makan.. Siap pegang bekas tu..

Ini tak boleh jadi ni ! Aku pun amik dan rasa .. Dan rasa lagi.. Dan lagi .. lagi … lagi.. Dan abis dah ! Huh !! Mau kena order utk raya nanti ni.. Perghh.. Dah kena pikir untuk raya dah ni.. hahaha .. Yelah , nanti orang tak amik order dah haaa.. Ada gak jamu biskut kering.. heee..

Ok.. Apa tu Congo Bars ? Aku amik gambar ni dari FB Shazwani Shakeri sendiri sbb aku tak sempat nak amik gambar dengan cunnya .. Qhaliff tak sabar nak makan !

Congo Bars? Sejenis brownies yang mewah dengan kekacang Almond juga walnut dan coklat. Boleh dipanaskan semula menggunakan microwave untuk anda yg ingin menikmati cairan coklat di dalamnya.

Rasa ? Ok.. aku terus terang , kalau aku update di blog tu , maknanya mmg menepati selera aku. Aku tanya wife , dia kata sedap ..

Ok .. Cerita banyak takde .. Kalau korang nak menempah , bolehlah roger Shaz ( Dapur Shaz )  Boleh dipos. Atau self pick up di area Kota Bharu. Harga untuk penghantaran melalui Poslaju :

  • 1 bekas RM 17
  • 2 bekas RM 28
  • 3 bekas RM 40

*Sabah/Sarawak caj lain dikenakan.

Atau kalau nak bertanya dengan lebih lanjut , boleh ke fan page DAPUR SHAZ utk bersoal siasat .. Kot la ada yang nak tanya sijil Halal atau sijil dari KKM ..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI