Corat Coret MH370

 

Pening ar… Pening dengan mereka yang tak habis habis duk keluarkan pelbagai kenyataan seolah olah mereka sendiri sedang berada dalam kapal terbang itu atau adik beradik mereka di dalam pesawat.. Kalau ada , aku pasti mereka memilih untuk mendiamkan diri dari mengeruhkan lagi suasana .. kan ?

Tak boleh ke duduk diam  ? Dengar dan berdoa agar isu ini dapat diselesaikan dengan kadar yang segera dan yang paling penting , MH370 ditemui .. tak kira bagaimana keadaannya.. Pastinya , kita dah redha apa jua berita yang bakal kita terima  ..

image

Buat para bijak pandai tak bertauliah ni  , terutama dok kejar trafik ni .. henti henti la dok buat keja mengarut .. Trafik dosa je dok dapat haaa.. Penat kat akhirat nanti ..  Tulislah sesuatu yang bermanfaat dari dok memanjangkan spekulasi tu .. Kalau benar sekali pon , biarlah terjawab dengan sendirinya .. Allah kan ada ..

6 ulasan:

  1. Betul tu, macam2 spekulasi yg tak pernah terfikir pun dorang boleh wujudkan...

    BalasPadam
  2. mula-mula tu minat juga nak baca macam2 teori ttg mh370 tu....tapi mcm encik ben kata tu mmg betul jadi biarlah mereka yg berkelayakan dan kerajaan yg fikirkan bagaimana nak selesaikan isu ni dgn baik

    BalasPadam
  3. Tu lah tu. Sebab pening dok mikirkan, sampai jadi puisi dah. huhu....

    BalasPadam
  4. Itulah masalahnya . Apa yg seronok sgt agaknya merepek mcam2 . Yg paling sedih bila ada sesetengah rkyat China kata Malaysia sembunyikan maklumat . Siap buat banner tulis Ma"LIE"sia semua . Tk kurang kesian juga pada rakyat Malaysia yg dkat China tu , apalah nasib dorg nk melayan smua ni .

    BalasPadam
  5. itulah..mulut orang kita memang tak boleh tutup..sebenarnya prkara macam ni untuk muhasabah diri kita sendiri juga supaya tak buat benda yang sama..mereka tak berada dalam situasi keluarga penumpang..sebab itulah rasa tanggungjawab tu tak ada..simpati kat keluarga..mudah2an pesawat tu ditemui juga akhirnya dan menamatkan penantian ni..amiinn..btw,jom join segmen sy,http://eppy25.blogspot.com/2014/03/segmen-mencari-bloglist-by-eppy-ismail.html

    BalasPadam
  6. ada orang kata golongan yv menolak spekulasi ni golongan yg bodoh,rugi,malas & tunggu di suap jer tp org yg kata mcm tu blog dia cuma copy paste spekulasi jer.memang rajin sangat.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009