Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 20 Mac 2014

Dari UMAI ke PADI !

 

Aku suka gi Umai  Cafe di Presint berapa tah ..  Tak ingat dan malas nak ingat .. Aku suka gi sebab lokasi cafe tu dekat tasik dan aku leh amik gambar matahari terbenam bila tiba masanya .. Hurmm..

Aku sekeluarga di sana dalam jam 5 lebih.. Hampir kul 6 petang.. Wife masuk dulu. Aku dukung Qhaliff … merayau kat luar dulu sementara nak dapat tempat. Dia lak , mood nak menyuruh orang dukung dia jer .. Huhu..

Hurm… Aku perhati dari jauh.. Lama gak wife aku berdiri di dalam tu mencari tempat duduk.. Aku pon masuk la tengok gak.. Aku pandang satu satu tempat ..

Hurmm.. Banyak yang dah selesai makan tapi dok melepak lagi.. Takde la pulak yang teringin nak segerakan ‘lepakkan’ mereka setelah melihat orang tercari cari tempat nak duduk dan makan.

Aku dukung Qhaliff .. Wife sarat mengandung ! Takde yang prihatin ke ??? Takde weh ! Lagi wat dek ada laaa .. Astagfirullah al’azim… Iskh iskh iskhh…

Sedih siott !! Pekerja Umai ? Ada ke nak tanya kat wife yang tercari cari tempat ? Sekurangnya  tanya la .. Nak disuruh duduk luar yang masih panas membahang dan ada yang merokok tu ? Iskhhh..

Aku ajak wife pergi dari situ.. Wife ajak pergi Padi House yang terletak di Galeri , Presint 5.

Aku suka gi sini. Walaupun harganya agak mahal skit dari Umai tu tapi bagi aku , ianya berbaloi. Kat sini walaupun takde tasik tapi suasananya tenang ..

Makanannya ?

Menepati selera tekak aku. Ini bukan kali pertama aku ke sini. Dah berkali la gak gi sini selepas jemput wife .. Belah petang , mmg tak ramai orang. Nak dating pon , takde nak kalut sangat. Parking kereta pon mudah jer.. Nak berbayar atau free? Dah disediakan. Jangan mengada parking tepi jalan tu !!

Hurmm.. bawak bawak la berubah perangai tu .. Jangan bila kena kat diri sendiri , baru tau nak marah atau terasa ..

7 komen :

nabila biela berkata... [Reply to comment]

alahai comeynya qhalifff

♛ r A t U k U s H a ♛ berkata... [Reply to comment]

lari tajuk jap.... kemain sedap dak Qhaliff lentok ketiduran kat situ.... mehh cubit pipi sket....!

Ahmad Zu Mal Md Rayi berkata... [Reply to comment]

Ada juga manusia yg tak prihatin kan

jamian sarif berkata... [Reply to comment]

comey anak...mcm bapak dia...

JunAina berkata... [Reply to comment]

Itulah hakikat org zaman sekarang.

N.A.T berkata... [Reply to comment]

huhuhu .. si abang buat perangai ... makan ke tak dia tu ...

The Red Rambutan berkata... [Reply to comment]

Dah pernah kena di Umai ni bang, cerita lebih kurang je. Tuan punya patut ajar dan latih pekerja dia untuk lebih peka kepada pelanggan. Cuba tengok cara pelayan Umai ni legak pinggan atas meja. Memang boleh jadi marah wooo

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI