Ingat blogger ni ‘cikai’ sangat ??

by - Rabu, Mac 12, 2014

 

Hurmm.. Geram ? Entah laa.. nak kata geram tu , takde la sangat tapi jangan la buat mcm blogger ni terhegeh atau ‘cikai’ sangat ! Tau la blogger ni takde ‘pengiktirafan’ dari mana mana pihak tapi jangan la lupa berapa ramai dah blogger keluar masuk tv / majalah atau akhbar !

Mungkin ada blogger yang suka bikin panas dalam dunia maya ni tapi itu perkara biasa la.. Manusia ! Selagi ada manusia , selagi tu la ada ‘perangai’ ! Maka , terima je la gitu.. Dan jangan lupa , segelintir je ‘berperangai’ gitu ..

Aku kerap menerima jemputan percuma. Takde masalah ! Mana yang aku rasa berbaloi , aku terima . Mana yang tidak , terpaksa aku tolak. Bukan nak demand tapi faham faham je la situasi sekarang ni.. Bukan murah nak hidup di kota besar berjerebu ni .. Haaa .. Bukan selalu berjerebu yer ! Heee.. Di kota yang berkembang pesat ini haaa..

Terbaru , aku terima satu jemputan. Kemudian perbincangan diadakan menerusi email dan juga telefon. Persetujuan dicapai dan tarikh juga telah diberi. Pada awalnya , segalanya ok.. hinggalah aku mintak mereka menyediakan agenda untuk aku dan juga rakan rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari , sepanjang di sana tetiba berubah pulak perancangannya.

Ok .. aku boleh terima tetapi kenapa alasannya sungguh mengarut ? Ingat aku tak reti nak pk ke ? Kalau benar la ada perubahan , kenapa tak diemail beritahu ? Kenapa tunggu aku email bertanya berita , baru nak berita ! Dah nak tiba masa lak tu ! Ada rakan blogger dah amik cuti semata mata memenuhi rancangan ni ..

Bukan besar pon permintaan.. Dah la tak nak bayar.. Nak bayar pon , tak lepas duit minyak tol gitu haaa.. Apa ingat blogger ni hadap sangat ke ? Niat nak gi bantu gak usahawan kita ni .. tapi buat gini lak ! Huk alohh ..

Jangan buat gini .. Nak maju , kena profesional ! Kalau gini caranya , huuhhh ..

You May Also Like

11 comments

  1. dugaan dlm kerjaya sbgi blogger.. klu tak cerita, mungkin org luar tak tahu & tak terfikir.. dr semasa ke semasa lps ni, insya Allah org ramai akn mula sedar & tak amik ringan ttg perkara mcm ni

    BalasPadam
  2. huk aloh..mace2 la diorang ni.. Setuju dgn Abg Ben..

    BalasPadam
  3. tak ramai yg hari2 beli paper untuk mmbaca, dan tak ramai ada masa nak tgok berita kat TV. zaman serba moden mcm ni, smua org tgok kat internet. so pihak2 tertentu kenalah professional bila berurusan. blogger mmg bkn wartawan yg berbayar, tp dari segi usaha mnyampaikan berita yg sahih kpd masyarakat. jgn angap blogger tu xde harga diri =)

    p/s: aritu g event malu nak tegur abg ben.

    BalasPadam
  4. iya la bang, kalau blogger luar, nak-nak kalau kat USA kan, dorang kalau famous memang dilayan sungguh, tapi kita tak nak la sana menjadi contoh seratus peratus kan, cuma, hormati menghormati tu memang sepatutnya ada dalam diri masing-masing, kalau macamni eventnya,, huhu.. sapa nak pergi?

    BalasPadam
  5. bagus nya kat KL ramai yang jemput....kat sabah...huhuhu lagi susah.....!! reda je.....

    BalasPadam
  6. kadang-kadang wartawan sendiri cari cerita dari blogger.. ewahhh.. ape2 pun respect each others kan bagus.. kan kan kan kan.. hekhekhek

    BalasPadam
  7. management orang tu tak systematik.. sebab tu la tak inform sebarang update... urmmm naya kat orang lain jaa.. tak patut

    BalasPadam