Jerebu sungguh Putrajaya !

by - Selasa, Mac 11, 2014

 

Hidung berhingus… Pedih ! Berdarah pon yer .. Mata berair.. pedih.. Nak bernafas pon sukar .. Terasa rindu pada udara yang cukup segar ketika ini ..

Photo

Gambar ni aku amik minggu lepas.. Hari ni pon masih lagi sama keadaannya .. Khabarnya ada hutan terbakar sekitar Putrajaya ni .. Aku up status di TimeLine aku… Mana tau ada rakan berkongsi maklumat sahih yang bukannya datang dari mulut  kawan atas kawan punya ..

  • “Tul. Sepang pon. Ade terbakar ke sane “
  • “ Yup kat serdang pun jerebu teruk “
  • “ Putrajaya tgh pesat dgn pembangunan.... Sn sni bukit ditarah... Sana sni jambatan dinaikan... Sn sni under construction.... Arghhh.... “
  • “ Semlm lg teruk kot abg ben smpai ke mlm dlm umah masuk jerebu habis bau asap....huhuhu... “
  • “ Teruk sangat jerebunya, keluar opis tadi macam masuk kawasan kena fogging... “

Tu pun aku tengok ada yang masih ‘sudi’ berjogging tadi di taman kawasan Putrajaya.. Perghh.. aku tak tau la camana paru paru dia dan hidung dia berjaya menapis segala ‘udara tercemar’ ni ketika bernafas , dengan cemerlangnya.. Respek ! Ke organ aku ni dah tua.. huhu ..

Qhaliff pon aku tengok dah mula berair hidung.. Nak bawak berjalan taman ? Tidak la sekali kali ! Hurmmm ..

Di Cheras tadi , berlainan pula.. Panas terik .. Nak keluar rumah pon , pk banyak kali .. Huhuh…

You May Also Like

3 comments