Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 27 Mac 2014

Menyampah dengan ASTRO AWANI !

 

Sejak MH370 hilang secara misteri , ASTRO AWANI lah paling ‘beria’ menyampaikan maklumat dari pelbagai sudut , dari pelbagai pakar , dari pelbagai orang termasuk siap buat app untuk menyampai kata kata semangat !

Ok.. aku tak nafikan la ianya ada memberi manfaat pada mereka yang mengambil berat tetapi ada jugak yang bagi aku ‘ keterlaluan ‘ , seolah nak mengejar rating atau nak popularkan ASTRO AWANI !

Terbaru , pasal Malindo Air .. Bila tonton part menemubual salah seorang penumpang yang berada dalam kapal terbang tu , buat aku geleng kepala jer .. Apa tujuan soalan soalan tu ? Nak cari salah sapa ? Bukan ke patut elakkan dari menimbulkan rasa kurang senang terhadap syarikat penerbangan tempatan apatah lagi sekarang dunia sedang memerhati Malaysia. Ni seolah nak bukak pekung lak .. Iskhhh..

Bila dah terlalu nak dapatkan berita ekslusif , maka hasilnya seperti media barat yang suka benar mencari salah ‘orang lain’ , dengan menimbulkan spekulasi yang .. hurm… Tanggung la dosa sendiri !

Aku follow Astro Awani beberapa kali je terutama tang siaran langsung jer .. Part wawancara tu , malas .. Maaf yer ASTRO AWANI .. Bukan benci tapi meluat ! Harap lebih telus dan jujur dalam menyampaikan berita . Anda bukan majalah tabloid !

Antara komen rakan mengenai ASTRO AWANI utk isu MH370 :

  • slalu nak jadik nasik tambah jer kejernya...
  • Propa je lebih wartawan tu..biasa la nk buat hot..xpkir prsaan org
  • Awani tu memang berita yg tak beretika. Masa awal MH370 hilang mereka bole keluarkan laporan pasal pesawat MAS terhempas di Johor 1977 buat laporan khas. Sengaja nak buat waris takut dan bertambah sedih.
  • sy tunggu Abg Ben wat entry pasal astro awani jer ...sory to say Dr hr ptama astro awani dok buat propaganda pasal berita mgarut psal mh370.. berita xusul periksa main hentam berita Dr mna2 jer ....astro awani satu2 berita yg pling xboleh dpercayai... serious sy xsuka berita astro awani...
  • Kalau nak dibandingkan, wartawan RTM lagi professional dari segi soalan yg ditanya, penerangan, isu yg dikupaskan. Terutama pada hari pertama kejadian MH370.
  • Astro awani dh mcm majalah mastika. Oppssss
  • wartawan nowdays da xde soalan yg bernas nak tnye...asik2 soalan yg same je.even soalan yg diberi tu da dijawab bnyk kali oleh tuan punye badan pon,still nk tnye lg...wartawan skang ni da kehabisan idea sebenarnye nk tnye soalan.pastu bile kluar paper,melencong ke laut dr ape yg sebenarnye yg terjadi....sedihh....fitnah terjadi merata tempat tanpa disedari....
  • wartawan awani? dah boleh agak, macam kes MH370 tu, orang lain sibuk nak tahu perkembangan terkini lokasi flight tu, dia pulak sibuk interview nak stress out on probability rampasan kapal terbang, berulang-ulang kali, lokasi kapal terbang tu pun tak jugak ditanya. lol. macam ini pun bleh jadi wartawan ka..

Hurm.. pikir la sendiri yer .. Nak sampaikan maklumat atau nak panaskan lagi keadaan ?

Saya , pelanggan ASTRO yang belum lewat bayar .. Jadi saya ada hak untuk tegur ..

8 komen :

Nur Madihah berkata... [Reply to comment]

sokong2.. Mak saya pun meluat dengan astro awani ni

Mohd Rizman Mat Arip berkata... [Reply to comment]

Kalau dah menyampah tu, jangan ditengok... katanya Berita Segenap Dimensi... Pendekatan yang digunakan pun berbeza dengan channel berita yang lain.. tapi kalau tengok CNN lagi le menyampah.. cer tonton CNN tak abis-abis nak menyalahkan Malaysia je.. seolah-olah flight tu Malaysia yang buat, tapi buatan AMERIKA

nabila biela berkata... [Reply to comment]

amat berstuju dgn bro

Abhamz SSU berkata... [Reply to comment]

kalau nak jaga rating pun biarlah beretika....

Sharifah Anggerik berkata... [Reply to comment]

ingat aku sorang je yang meluat.....

Engku Muzahadin berkata... [Reply to comment]

Hehe, rentetan drpd status fb siang tadi erk bang... Takpa, biar diorg tahu ada yg menyampah dgn berita mcm tu

Zee Suhaini berkata... [Reply to comment]

setuju..nyampah jugak ni..asyik dok ulang berita yang sama..

ahmad zikron berkata... [Reply to comment]

ambil yg positif

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI