Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 19 Mac 2014

Misteri terungkai !!

 

Dalam kepala aku , dok berputar ligat dok ‘recall’ kali terakhir kedudukan cermin mata tu. Dah puas cari kat rumah. Dalam kereta , abis aku selongkar ! Aku keluarkan car seat .. Keluarkan gear box .. Bawah turun enjin kereta ! Cabut pintu kereta kot kot terselit kat bawah pintu ! Pon takde !! Huh .. Ok , part kereta tu .. aku tokok tambah kasi sedap skit cerita .. hehe..

Akhirnya , aku buat keputusan. Aku call wife , ajak dia gi Alamanda petang ni. Nak gi buat cermin mata baru. Busuk busuk , confirm akan terbang RM1K++ ! Hurm.. redha je la.. Baru plan nak bawak famili gi bercuti ke Cameron Highlands.

Aku buat siasatan terakhir sebelum gi Alamanda. Aku kembali ke gym.. Tanya khabar kot kot ada tercicir kat situ.. Enggak ada dong.. Masih tidak ketemu.. huhu ..

Aku ke kedai gunting rambut. Walaupun tadi aku dah gi bertanya tapi hati aku masih berat mengatakan yang aku pasti tercicir kat situ..

Dan ..

Photo: Alhamdulillah..rezeki kuuu.. Jimat 2k .. huhu..

Alhamdulillah… Leganyaaa hati aku ni !! Selamat duittt .. hehehe .. Walaupun aku mmg akan kena tukar gak spek tapi bukan dalam masa terdekat sbb aku perlu sediakan duit utk kelahiran anak kedua.. huhu ..

Aku masuk ke kedai gunting rambut tadi.. Mereka yang bekerja dalam tu , memandang aku..

“ Bangg… tu awak punya cermin mataa.. Tadi saya sapu lantai , nampak itu cermin mata.. “. Kata si tukang gunting yang gunting rambut aku .. Tadi dia gak yang kata takde .. Huhuhu..

Nasib baik aku baik ngan diorang. Kalau aku jenis banyak songeh , rasanya mesti cermin mata tu ‘ghaib’ dari radar punya !! Huhuhuh…

10 komen :

Paperbag Head berkata... [Reply to comment]

Part tokok tambah tu memang kena. Masa mula2 tanya tak jumpa sebab byk sgt timbunan rambut mengaburi pandangan. Hehe...tahniah sbb selamat duit belanja. Kan...

Yaya Azura berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah jumpa..
jimat duit..selamat duit utk baby...

Mama Vogue berkata... [Reply to comment]

mujur jumpa..!

Ratu Mahligai Eksklusif berkata... [Reply to comment]

Masih ada rezeki namanya tu ben

Ratu Mahligai Eksklusif berkata... [Reply to comment]

Masih ada rezeki namanya tu ben

hanieliza's cooking berkata... [Reply to comment]

Lenkali jgn offkan tansponder kat cermin mata tu..kan dah tak nmpk kat radar...

Nur Madihah berkata... [Reply to comment]

Jimat duit. XD Tak sabar nak tengok adik Qhaliff ^_^

Ezad Skytech berkata... [Reply to comment]

mujurlah jumpa balik...kalau tak, tak pasal2 je terbang 1k++...hee

The Red Rambutan berkata... [Reply to comment]

Alamak, tukang gunting pun cakap serupa menteri ka? Sekejap tak ada sekejap ada. Hahaha tengoklah tak lama lagi Boeing yang hilang tu insyaAllah jumpa.

bella hamzah berkata... [Reply to comment]

jimat duit... org kedai guting rambut tu xperasan kot at first huhu bella pon selalu lupa mana letak spek mata.smpi kene perli ikat tali la kat spek tu :p

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI