Non stop action !

by - Khamis, Mac 06, 2014

 

Selepas subuh ,takde deee nak tidur balik .. Terus bersiap ke Cheras .. Hantar wife dulu ke pejabat dia pastu baru gi.. Sampai Cheras , tinggalkan Qhaliff jap kat mak aku .. pastu gi gym .. 2 jam workout .. Kul 11 lebih dah .. Kul 12 nak gi jemput anak buah aku balik dari tadika dia .. Gi basuh kereta dulu .. Settle baru gi amik diorang..

Blogger Mk Syahir ( Fuh.My ) dan Mieza dalam perjalanan ke rumah aku. Nak sama sama ke majlis Ariani di Ampang. Nasib baik diorang sesat jap. Boleh la aku siap dengan tenang.. Huhuh..

Kul 1 lebih.. sampai kul 5 petang , di majlis tu ..

Photo: #arianipreview2014 #ariani #jakeltextile #jakel #galeriariani #tudungariani #hijabfashion #muslimahfashion

Lepas tu , aku naik lrt je balik sbb diorang terus ke Putrajaya. Sian pulak nak antar aku dulu dengan harung jammed teruk di waktu orang balik kerja.

Sampai umah mak aku dalam kul 6 lebih.. Mandi , siap siap.. Bawak Qhaliff keluar main kat padang.. Pastu maghrib , terus ke Putrajaya. Jemput wife kat Alamanda .. Pastu baru balik rumah..

Sampai rumah , Qhaliff lak berak .. Dia nak ajak main .. Dan aku , penuh dengan kerja yang perlu disiapkan.. Nak tunggu tengah malam baru buat ? Pastu kul berapa nk tidur ? Esok , awal pagi nak bangun semula..

Perghhhh … Penuh giler.. Kalau dapat baring ni … confirm lupa dunia jap .. Blog pon tak sempat update. Ni baru nak update , Qhaliff dok mai ajak makan yogurt ! Huhuhu .. Serah kat wife.. Aku dah nak pengsan..

You May Also Like

3 comments