Pentingnya sijil perakuan nikah dan kad nikah kawin !

by - Isnin, Mac 31, 2014

 

Kandungan dah masuk minggu ke 36 ..Aku dah kena bersedia untuk menyambut kelahiran anak kedua .. InshaAllah ..Beg pakaian baby dah kena ada dalam kereta. Minyak kereta , kena sentiasa penuh. Kad Touch n’ Go kena banyak baki wooo .. Kenapa ? Haaaa.. Cuba tanya pengalaman mereka yang pernah alami kes hospital terpaksa menolak kes kelahiran kerana ketiadaan kekosongan. Perghhh.. Leh mengalir peluh wooo bila dengar diorang punya pengalaman tu..

Pastu bila dah lahir , part nak daftar nama anak di Jabatan Pendaftaran Negar .. Haa.. Di sini ramai yang terlupa atau tak amik tau.. Sijil Nikah perlu dibawa bersama.. Yang original la senang .. Kalau salinan , pihak JPN tengok cam pelik je , dia mintak terus yang ori .. haaa.. Takde atau hilang la pulak !

Cam kes aku semalam la.. Dah plan nak bawak Qhaliff melancong ke New Zealand di Sri Kembangan semalam.. Tapi teringat sijil nikah tu , terus memunggah rumah ! Cari punya cari.. Hingga ke petang.. Tarakkk !! Terpaksa buat plan kedua yakni kena balik Kelantan untuk amik sijil nikah dan kad kawin.. Hurmm ..

Redha dah tapi masih usaha cari.. Kot kot ada tertinggal di mana mana ke.. kan ? Dan Alhamdulillah .. Jumpaa kat opis wife ! Dia simpan .. hehehe ..

Lega guee .. Tapi lom lega sepenuhnya.. Tengah pk nak bagi nama apa lak .. Huhuh…

You May Also Like

12 comments

  1. haaaaaa, sama lah time ira dulu kena tolak pi tolak mai. mula mula pi Putrajaya sebab senang sana dekat ngn dua2 famili. Katil penuh tapi ada katil yang boleh pindah ekceli. doktor suruh nurse pindah sorang ni pi tempat lain (sebab doktor kata kena terus tahan, tak boleh balik dah sebab dah leaking). nurse yang banyak songeh tak mau buat. At last pi bersahur dulu, balik rumah siap tido lagi esok tengah hari baru gi merata cari tempat nak bersalin sampaikan terfikir nak pi private jer. alhamdulillah Allah permudahkan juga last destinasi HUKM. huhu :)

    BalasPadam
  2. memang penting dokumen2 nikah tu abang ben... ^_^... kalau hilang memang berjahitlah orang kata...

    BalasPadam
  3. mesti comel mama Qhaliff buat muka bagitau sijil nikah kat office lepas abg Ben penat memunggah rumah mencari sijil tersebut kan.. hehehe..

    BalasPadam
  4. sijil nikah tu rasa mcm besar sgt. nk angkut ke sana sini takut tercicir. kalau pakai kad akuan nikah tu pun da boleh da utk buat sijil beranak

    BalasPadam
  5. Dan dan kita pun dok p cari Sijil Nikah ni...Nak daftar anak sekolah Darjah 1.
    hehe

    BalasPadam
  6. rileks brader...brader rileks...InsyaAllah beres belako

    BalasPadam
  7. rileks brader...brader rileks...InsyaAllah beres belako

    BalasPadam
  8. Ramai yg tak simpan dokumen elok2 bila nk daftar mula mencari bagai nak rak. Paling malang mna yg nikah kat luar negara tak daftar kat sini. Bila anak lahir mula tepuk dahi kena urus byk perkara

    Tahniah bakal menanti kalahiran. Moga zila dan baby sht2 saja dan selamat semuanya. Amin

    BalasPadam
  9. Mudahan semua dipermudahkan...

    BalasPadam
  10. Semoga semua dipermudahkan ye..amin..

    BalasPadam
  11. semoga segala urusan dipermudahkan ye..amin

    BalasPadam
  12. hmm memang penting..
    jgn jadi mcm sy.. urusan perkahwinan jd sukar disebabkan doc nikah khwin parents je...
    knp eak jbtan agma islam x permudahkan je ursan nikah khwin ni.. sbaliknya merumitkan plak

    BalasPadam