Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 21 Mac 2014

Terima kasih sayangku …

 

Lama dah aku tak wat keje macam ni .. Memula  dari Sepang – Putrajaya .. Hantar wife gi meeting kat sana pastu balik rumah .. Baru sampai rumah , nak baring jap… tetiba dia antar mesej , kata meeting nak abis dah .. Aku kemas balik barang , angkut Qhaliff masuk dalam kereta .. Gi balik jemput dia ..

Lepas jemput dia , aku ke Pusat Bandar Damansara untuk amik barang kat sana. Di situ je , aku berpusing 4 kali cari jalan masuk ke dalam tu. Aku tak pernah sampai kawasan tu. Lepas tu , balik ke Sepang balik.

Sampai rumah , terus terlena dalam 10 minit.. Bangun bangun , leganyaaa .. Mandi , solat pastu hantar wife gi klinik utk pemeriksaan kandungan .. Sementara tunggu dia abis .. ( dalam 2 jam gak tuu ) , aku lepak ngan Qhaliff ..

Selesai wife punya part .. Aku dapat mesej yang aku kena hadiri satu majlis di PICC dalam kul 5 . Tengok jam dah kul 4 lebih.. Hampir kul 5 ! Tak sempat. Aku bgtau aku sampai lepas maghrib.

Balik rumah dulu. Mandi mandi… siapkan Qhaliff dan tunggu wife siap kerja dia baru aku keluar semula ke Putrajaya ! Di sana , buat kerja lagi hingga ku 10 malam.

Balik terus ke rumah. Sampai rumah , Qhaliff tak tidur lagi. Happy dia nampak aku .. Terus dia ‘kerjakan’ aku.. 

Kul 12 malam.. aku ingat nak update blog.. Tetiba Qhaliff datang masuk dalam bilik ..

“ Daddy buat apa tu ? Meh Qhaliff tolong.. “

Dan dia mula menaip bersungguh sungguh dengan menekan ENTER berkali kali dan juga spacebar !

Dengan muka bangga dia senyum kat aku … lalu berkata .. SIAPPP ! Pastu terus dia tutup flip laptop tu ! Aku nak kata apa dah ??? Tak dapat nak update entri langsung..

“ Ok.. jom tidur.. “

Dia pun keluar dan memandang ke belakang… tunggu aku ikut .. Dan aku kena ikut jugak !

Tidur awal aku .. Fresh aku pagi ni.. huhuhuh.. Kalau tak ? Confirm aku tak cukup tidur punya.. Terima kasih Qhaliff !

Adakalanya , kita tak sedar anak kita membantu kita dalam diam. Kita asyik fikir mereka nak ‘kacau’ kita jer .. kan kan ?

6 komen :

lynn kamarul berkata... [Reply to comment]

hari ni kena buat entri balas dendam ye abg ben.. hehe

aizamia3 berkata... [Reply to comment]

yup.. biasa berlaku waktu kita letih teramat.. dan akhirnya lena di sisi anak2 sampai pagi esoknye.. ;)

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata... [Reply to comment]

Salam Ben..pandai Qaliff update blog yer,nak tolong Daddy ya?Anak2 ni penyejuk hati ibu & bapa...:D

Joanna Yunus berkata... [Reply to comment]

:) Good boy Qhaliff tengok qhalif buat saya teringatkan Qayyum masa kecil... senyum dia, nakal dia... miss my sweet time with Qayyum

Rafikasastras berkata... [Reply to comment]

Hehehe kiut je dia ;)

ArELeEz berkata... [Reply to comment]

p'tolongan secara psycology & xlangsung namanye..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI