Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 1 April 2014

2.9 kg dah !

 

Eh , di Facebook .. aku typo.. 2.8 kg tu berat aku skang ni.. Hehehe..

Alhamdulillah .. Wife tadi gi buat pemeriksaan rutin di Hospital Putrajaya .. Er , kena gi sana sebab ada isu skit.. hee.. Dan dia kata segalanya dah kembali normal..

Hurmm.. Doktor kata akan naik lagi hingga ke 3.x kg dalam beberapa minggu ni sebelum dia bersalin.. Sama cam Qhaliff.. Tapi Qhaliff , saat akhir dia membesar hingga 4kg lebih ! Menurut wife sebab mungkin sebab dia ada minum susu untuk ibu mengandung .. kot ! Kot laaa .. Dan yang ni , dia tak berani nak minum sebab takut jadi cam tu gak .. Hurmm.. Wallahualam ..

Masalah sekarang ialah .. Perlu ke aku amik FPP di Hospital Putrajaya. FPP ( Full Payment Patient ) menurut rakan blogger aku yang tak hensem tu , Ujang .. bayaran antara RM1,500 hingga RM3,000 jer.. Ok la tu.. Tak la mahal sangat.. Dapat wad sendiri dan suami pon leh teman dalam tu .. Hurmm…

Bukan apa .. risau jadi kes ‘tendang menendang’ hospital nanti ! Bukan nak salahkan hospital pon.. Yelah , dah tiba musim orang bersalin skang ni haa.. Jadi wad penuh laa ..

Teringat kes kawan kawan aku yang punya pengalaman gitu ! Aku ni pulak , bila tiba masa kecemasan gitu , cepat panik ! Kang dia suruh gi Hospital Kajang , sampai ke restoran Satay Kajang ! Haaaa ..

Wife tamo katanya .. Duit tu boleh guna untuk aku menikah lagi , katanya .. Eh , silap .. Beli katil baby .. Haaa .. dan macam macam lagi .. Hurmmm ..

Pening pikir ni.. Dok try mainkan babak emergency dalam kepala ..

“ Bangg… air ketuban dah pecah ni ! Jom gi hosital ! “ .

Kalau berlaku time dia kat pejabat ? Kalau berlaku time aku baru nak letak kepala ( tidur ) ? Atau time nak buang air besar .. hujung hujung dah tuu ! Haaa , camana ?

“ Jap yer sayang . Abang nak tunaikan hajat .. Kasi buka beberapa cm dulu .. “.

“ Abanggggggg !! Cepat laaa .. “.

Ambik kaauuu .. Terkejut punya pasal , sampai hospital rupanya aku berboxer !

Perghh.. gila punya imaginasi ! Tak leh tak leh.. Kena belajar tenangkan diri neh !!

6 komen :

Suria Lekatlekitgurl berkata... [Reply to comment]

saya dulu last scan sebelum bersalin konon doktor kata dah 2kg++ & akan makin besar sampai due date.. alih2 anak saya keluar kurang berat pulak.1.97kg jer... mujur la dia sihat & bagi respond positif so tak kena tahan NICU lama2.. masuk kejab doktor nak pastikan dia takde masalah lain selain krg berat je. Maybe Allah nak tolong mak dia yg kecik ni agar mudah bersalin.. sebab saya ni kurang tinggi. Masa pregnant pun doktor cakap tak boleh bersalin normal. Masa bersalin kat wad pun nurse2 banyak cakap memang saya antara yg bertuah.. tak ramai org kecik macam saya dapat bersalin normal

Gadis berkata... [Reply to comment]

Kalo ada kes sampai kena rujuk hospital sekarang ni, insyallah hospital takkan main tendang-tendang ke Serdang...

zana fahmi berkata... [Reply to comment]

Dah nombor 2 Ben..masih panik? hehe...tahun depan ada lagi:)

amelia ramli berkata... [Reply to comment]

hahahaha...abg ben nye citer mengingatkn sy ngn time sy nk bersalin kedua2 ank..
tibe2 & sangat2 jauh dr jangkaan sbnr..hubby la kelam kabut d btnye..hahahhaha

Syarifah Nornazrah Al Yahya berkata... [Reply to comment]

hahah, imiginasi lebih sngt ni. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan :)

ryyhan kamarudin berkata... [Reply to comment]

kalau amik FPP, mmg akan bersalin putrajaya even tho kalau hari nk bersalin tu ramai org (sbb masa deliver 2nd baby ramai org nk bersalin hari tu...dgr2 yg bkn FPP kena hantar ke hospital lain). lgpun sbb dh bayar deposit 3k tak kan diorg tendang (ok deposit refundable kalau kos kurang 3k)

tapi skrg rasa FPP Putrajaya dh ramai patient (since harga ok dan servis so far bagus)..kena try tnya la kalau diorg amik lagi tak kalau dh hujung2 pregnant

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI