Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 15 April 2014

Anak terbiar bila ibu bapa sibuk cari rezeki !

 

“ Abah , tu anak sapa  ? “.

Kelihatan seorang budak kecil dalam usia 8 tahun berkeliaran di belakang rumah orang tua aku. Entah apa dia cari pun , aku tak pasti.. Yang aku pasti , dia masih berseluar sekolah dan berkasut putih.

Hurmm..

“ Anak si polan tu .. Masing masing sibuk kerja.. Anak tinggal kat nenek jer. Nenek dia lak dah tak beberapa sihat .. “.

Anak kawan aku. Kesian jugak aku. Kawan aku tu cuma seorang pemandu lori. Manakala isterinya , kerani jer.. Memasing keluar awal pagi , petang baru balik.  Anak lak , dah mula sukar dikawal.

Terfikir jugak aku.. Kalau aku dan wife aku bekerja keras siang malam untuk cari rezeki tapi anak pulak macam tak beribu bapa .. Bila mereka jadi degil dan keras kepala , salah sapa ?

Memang benar ibu bapa cari duit untuk keluarga tersayang. Tapi kalau dok kasi kat orang untuk diasuh jer , masalah jugak .. Bila mak ayah balik , memasing dah penat.. Kat rumah , sambung tengok gadget , tengok tv.. Anak disuruh buat kerja rumah.. Macam tu je ..

Kalau anak lulus peperiksaan dengan cemerlang pon , terfikir jugak aku.. Apakah kerana usaha kita atau kita sekadar cari duit dan serahkan pada yg profesional untuk mendidik kita .. Hurmmm ..

Jadi , apa tujuan sebenar berkeluarga ? Entahlaah.. Kekadang terfikir , kita dah lari dari matlamat kehidupan .. Dah jadi hamba pada dunia ni ? Hurm..

Bila sampai giliran anak pulak kawin , apakah mereka akan ulangi apa yg kita buat pada mereka , dan lakukan pada anak anak mereka ..

3 komen :

Suria Lekatlekitgurl berkata... [Reply to comment]

saya dulu membesar.. mak ayah kerja. yelah adik beradik ramai, rapat2 pulak.bila dah sekolah semua.. tengahari arwah ayah balik masak utk kitorang balik sekolah makan. Mak balik petang masak utk makan malam & membasuh bagai la..terbiar? yelah.. nak buat camna.masa mak ayah kerja, terpaksa berdikari la jugak. tapi budak kampung ni terbiar dia bkn mcm budak bandar. petang main dengan kawan2. jadi takde la tak tentu hala merayap bagai...lgpun sedara mara semua dekat2. yelah kg kiri kanan depan belakang sedara.Tapi yg pasti kami adik beradik even mak bapak kerja takde nak makan rumah orang tak tentu pasal.. nak main dlm umah orang tak tentu pasal.
Bila dah ada anak, saya memang nak jaga sendiri even hidup takde la kaya raya atau mewah. Tp selagi sy blh jaga anak sendiri saya nak jaga. kesian.

wan norulkhamisa berkata... [Reply to comment]

nak komen sikit yea, tp lari tajuk sikit..saye pernah pergi kursus berbayar ibubapa cemerlang oleh ustaz Pahroul Joui, beliau ckp ape beza pendidik dgn pngajar..ibubapa adalah pendidik, tak layak pun ibubapa nk rotan ank tak solat ms umur 10 thn kalu ibubape tak ajar cukup 5 kali waktu dlm sehari start umur 7 thn sampai 9 thn . Jadi sy ni sbgai ibu dan bapa trhadap ank saya mmg terpk psl bnde ni. (suami sy belayar dan berkahwin lain). Jadi nak taknak penat ke lelah ke, sy kene usahakan mngajar diorang solat,umur 8 thn n 6 thn sekurang2nya waktu mgrib walau mereka dah pun belajar solat kat sek agama, sbb kite ni pendidik kan..Jadi sy pgg kata ustaz tu anggap kite ni jg anak as amanah bukan mgharapkan jasa kite dibalas. Jadi keazaman dlm diri ibubapa tu mesti ada, mcm sy, walau bekerja, mmg sy nk didik diorang jd anak soleh dan solehah hasil tgn sy sendiri. Saudara akan dpt rasa kemanisannya bila mana ank saudara dh pndai solat n mngenal al-Quran, plg best bila si anak cakap, sy suka mngaji. dalam masa yg sama anak saya tu mmg kuat main game psp n dlm gajet mcm bdk skang dan kdg2 sukar mndengar kata. Percayalah usaha dan doa ibubapa yg bersungguh2 akan dpt mngubahnya. (sory idea sy sll byk, hehe)

Abhamz SSU berkata... [Reply to comment]

penat sahaja cari rezeki siang malam, hingga anak terbiar, bila dah mati tiada siapa yg nak doakan untuk kita bagi kesejahteraan yang hakiki di sana

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI