Bento Live : Mengubah kehidupan anda !

by - Selasa, April 08, 2014

 

Kalau ada ada broadband.. tak kira la home broadbrand fiber atau mudah alih punya , tak dimanfaat sepenuhnya , maka satu kerugian !

Salah satu dari cara nak memanfaatkannya ialah .. Jom tonton movie movie terbaik dari pelbagai negara ! Serius , mmg menarik dari filem filem yang meletop letop di panggung wayang tu ! Haaa ..

Kat mana nak tonton movie yang aku kata ni ? Ahaaa.. Teruskan membaca ..

image

BENTO LIVE , sebuah aplikasi terkini yang boleh didapati di tv pintar Samsung , telefon pintar Samsung dan juga mana mana telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android.

Caranya , mudah jer .. Utk telefon pintar berjenama Samsung , gi ke Samsung App dan download jer .. Percuma. Manakala untuk jenama lain , kena beli aplikasinya. Murah sangat pon.. Berapa ringgit je ..

 

Manakala untuk tv pintar Samsung , takde masalah.. Dengan kualiti movie HD , anda pasti teruja menontonnya .. Yelah , macam aku ke pejabat Bento Live baru baru ni.. Dipasangnya Bento Live app di tv pintar bersaiz 75 inci , aku terasa macam nak tukar tv terus je .. Hahahaha.. Cunnn wooooo ..

 

Untuk laman web pulak , mudah sangat.. Pastikan dah daftar di Bento Live .. Login dan pilih je mana movie yang anda berkenan… Haaa .. Senang kan ?

image

Aku dapat tahu pasal Bento Live ni dari rakan blogger aku. Kebetulan aku pon dok tercari cari gak online streaming movie utk dilayan sebelum tidur..

Ada gak aku bagitau pada rakan aku mengenai kewujudan Bento Tv ni.. Dia kata movie kat sini tak pernah dia dengar dan tonton pon ! Hehehe.. Tak dinafikan tapi sebenarnya movie movie beginilah sesuai untuk ditonton kerana ianya bukanlah sekadar cerita ‘kosong’ tetapi punya input tersendiri pada kita .. Tak caya , cari satu movie dan tonton hingga abis..

Kalau tak nak tonton movie , dalam ni ada banyak channel.. Boleh tonton dokumentari , tv series malah untuk kanak kanak pon ada .. Kartun la maksud aku… Menariknya , pilihan paparan ada di situ.. Nak Standard atau HD ? Nak sarikata dalam bahasa Melayu ? Ada gakkk !

image

Menarik kan ? Aku kata dah .. Haaa .. Sebelum aku melabuhkan tirai entri aku ni , aku nak bagitau .. Bento Live ada buat contest utk anda semua .. Hadiahnya , 2 buah tv  pintar 40 inci Samsung , setiap bulan. Caranya mudah jer .. Ikut arahan dalam gambar di bawah ni ..

securedownload

Mudah kan ? Aku kata daahhh … Haaa, tunggu apa lagi.. Bagitau kat rakan rakan yang kaki online movie ni , tonton di Bento Live ! Pastinya dia akan mengucapkan terima kasih buat anda semua ! Heeeee…

Untuk ke Bento Live , sila klik www.bentolive.com .

You May Also Like

0 comments