Birddddd … Fisshhhh !!

 

Gi Taman Burung KL semalam .. Teruja benar laa dia kat situ ! Yelah , dia cukup suka tengok burung dan ikan.. Senyum meleret jer dia.. Cam nampak awek cun jee .. Hahahaa..

Tapi aku gerun part nampak ikan.. Dia , kalau boleh nak masuk terus dalam kolam tu. Aku gertak pon , dia tak takut langsung ! Bahaya aihhh…

Pastu dalam Taman Burung tu , ada beberapa buah kolam ikan.. Aiyokkk.. Puas laaa aku pegang dia.. Dan dia puas laaa nak lepaskan diri dari pegangan aku.. Aku tak kasi , ada la tiga pat tamparan wanita aku terima dari dia ! Pedih beb ! Nasib baik laa baru 2 tahun… Hahahaha ..

Gigih memanjat .. Aku turunkan dia , dia panjat semula ! Aihhhh .. Sambil pegang kamera , sambil pegang dia .. Huhuhuh.. Kalau tak , aku tak dapat rakam perbuatan dia ni..

Tujuan dia panjant tu , nak kasi ikan makan .. nak campak daunan yang ada kat situ.. Huhuh ..

Tak puas dia tengok ikan ikan tu.. Terpaksa aku dukung dia pergi dari situ sbb dia nampak macam dah naik syok sangat tengok.. Macam nak terjun pon ada dah tu ! Huh !! Sebelum aku mandi dalam kolam tu , baik beredar ! Heeee …

Meraung ? Tak pon.. Dia bukan jenis susah nak pujuk .. Kejap je ok .. Tengok je burung kat situ .. Terus ok .. hehehe ..

11 ulasan:

  1. minat betul Qhaliff dengan ikan dan burung....patutnya daddy bagi kat Qhaliff hadiah satu akuarium penuh dgn ikan, tapi takut pulak Qhaliff yg duduk dlm tu....

    BalasPadam
  2. amboii. excitednya dia.

    rambut Qhaliff dah panjang. bercintala daddy nak potong rambut qhaliff nanti.

    -kbba pantai timur-

    BalasPadam
  3. Budak2 biasa la ..Tp kdg2 KETERUJAAN mereka tu buat kita plak jadi risau hehehe...

    BalasPadam
  4. Err.. Qhaliff ikut awek mana tu? Ehehe

    Nmpk mcm best je taman burung. Belum pernah smpi lagi kat sana

    BalasPadam
  5. ala qaliff,,slmt hari lahir
    sy dan suami pernah bw anak2 ke tmn burung kl,,best sampai x hbs jln sb besar sgt..ada masa, en.ben bw la qaliff ke zoo melaka, small walking zoo dan bird show nya best sgt.mesti qaliff suka;)

    BalasPadam
  6. Hehe..mna2 bdk pun akn teruja tgk kolam..trmasuk ank saya..


    Jemput baca sini ( http://bit.ly/1i3Aqjy)

    BalasPadam
  7. bergaya sungguh sungguh cara dia bjalan gambr last tue.
    heheh..

    BalasPadam
  8. dpt bayangkn kalaulah rumah ben ada akuarium entah apelah yg qhaliff buat

    BalasPadam
  9. tamparan wanita mmg pedih ! hehe

    BalasPadam
  10. Banyak betul ikan tu, patut Qhaliff suka sangat :)

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI