Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 1 April 2014

Dua cerita satu tempat..


Di hospital Putrajaya.. Pastinya tercari cari tempat parking.. Pada awalnya pengawal keselamatSenyum . benarkan masuk ke satu tempat parking berhampiran kerana penuh. Aku bgtau dia yg aku cuma nak drop wife dan berlalu pergi. Ini kerana Qhaliff ada di atas ribaan dia , dan sedang lena tidur. 

Dia tak bagi masuk. Kemudian dia rujuk pada senior dia. Senior dia datang dan bertanya. Aku bgtau je tujuan aku. Kena marah org tu dgn senior dia. 

" Maaf yer. Dia anggota baru. "

" Eh , tak pe..saya faham. Terima kasih yer.. "

Aku dibenarkan masuk ke kawasan parking.Memang penuh 
laaa.. Aku tak berhajat pon nak parking.Plan nak ke Cheras terus. Check up wife pastinya memakan masa berjam jam lamanya. Boleh jugak sampai cecah tengahari.

Wife keluar dari kereta. Tiba tiba dia di sapa oleh seorang lelaki berbangsa cina. 

" Abang , ikut dia.. Dia nak keluar .. " 

Lelaki tu melambai tangan.. aku pon memandu ke arah tempat dia letakkan keretanya. Isteri dan anak perempuan berlari anak utk cepat naik ke dalam kereta.

Aku mengangkat tangan tanda terima kasih dan melemparkan senyuman. Perancangan berubah. Aku nak tunggu je la kat situ dgn Qhaliff.. 

Masuk ke dalam hospital .. ramainya manusiaaa.. Amik nombor .. Ada hampir 100 .. Lama niii.. Terus ke cafe.. Makan pagi dulu.. hurmmm..

Dalam cafe .. tercari cari meja kosong.. Ternampak satu tp ada secawan air nescafe seperti 'berpenghuni'. Aku duduk je la.. Penat dukung Qhaliff..

Tiba tiba datang seorang lelaki India .. Dia kata air tu , dia punya.. Cepat cepat aku mintak maaf dan dukung Qhaliff semula.. Dia kata aku boleh je join dia sebab dia seorang diri je. Wife dia tgh tunggu giliran utk pemeriksaan mata. 

Berborak panjang dengan dia .. Wife aku tiba dgn makanan pilihannya. Lelaki India tu mintak izin utk beredar.Bersalaman dan aku ucapkan terima kasih.

Wife makan mee rebus.. Aku tak.. malas nak makan pagi pagi.. Abis je makan wife ajak beransur. Kebetulan ada sepasang suami isteri berbangsa melayu , lalu di sebelah aku .. 

" Pakcik , boleh duduk sini.. "

Dia panggil wife dia.. Terus duduk dan makan .. Hurmm .. Pandang aku pon tidak.. Terima kasih ? Senyum ? Berlalu jer dari situ .. Tak tau nak kata apa dah..

6 komen :

careno berkata... [Reply to comment]

kisah kat parking tu hampir sama dgn aku hari ahas ari tu... kat ikea... aku tgh tggu 1 keter ni keluar parking... aku nak ambk parking die... tp die dah kelam kabut... cari kunci dlm hand bag tak jumpe2... die dah gelabah sbb aku dok tggu nak masuk... 2 3 kali die angkat tgn kat aku say sorry sbb lmbt smbil dok tercari2... aku bukak tingkap aku ckp la "ok takpe"... dlm dok tggu tu ade sorang mamat lalu tepi keter aku, siap ckp die parking blakang skit... nak parking jom folo die... huh... baik2nyer org kat ikea hari tu... 1 masa ade 2 org offer parking kat aku... due2 tu plak MELAYU... i loike...

permatabiru berkata... [Reply to comment]

budi bahasa budaya kita

Farah Waheda Wahid berkata... [Reply to comment]

budi bahasa penting dalam kehidupan sehari2 kita tak kira di mana pun kan?

Farah Noorlin berkata... [Reply to comment]

susah nak kata abg ben..bangsa sendiri jugak berbeza dengan bangsa lain...macam maner lah anak muda sekarang pon lebih kurang perangai sebegitu...nak dibentung biarlah dari rebung...kalau dah jadi buluh tak makan saman nak lentur balik..

aizamia3 berkata... [Reply to comment]

pernah kena, kita dah bagi signal nak masuk parking tapi dengan selamba sorang makcik ni masuk parking yang kami dok tunggu tu.. lepas tu parking pulak dengan tak sempurna.. walhal boleh muat 2 buah kereta kat situ..
orang lain terkedu tengok situasi tu.. huhuhu..
nasib baik saya masih ada rasa hormat pada makcik tu.. dan bukan saya yang pandu masa tu.. hehehe..

Shafiq berkata... [Reply to comment]

Bangsa bukan Melayu pula lebih berbudi bahasa. Adeh!

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI